Ahad, 9 Oktober 2011

Kata Kerja MELUAT!








eee...meluat aku...kalau nak menggatal pun, cari la orang lain...!!!!! ^^@&%%$@%$^^!!!??

Top of Form
gataaal!!! #@$$##@$^%&
Top of Form

"sebab awk tu kawan saya je.. kalau ikut hati yang meluat ne, saya dah unfriendkan awk...!!"
Top of Form

"Maaf.... saya dah meluat ngan awak.. saya terpaksa keluarkan awk dari senarai friend saya...BABAI!!"
Top of Form

Kredit: FB dan pakcik google

Antara status yang aku tulis di FB semenjak bertemu semula dengan seorang rakan lama yang perasan!

Ulang tayang sket citer pasal mamat ne.. Aku tahu, semenjak dari zaman uni lagi mamat ne suka kat aku.. Aku tahu! Dia antara coursemate aku yang agak rapat. Memula kenal dia. Aku wat dunno je. Berkawan macam bese. Aku memang suka berkawan dengan semua orang. Cuma dia ne lain macam sket.. Budget caring la kat aku.. hmm.. entah la.. Aku sebenarnya rasa semacam bila dia wat aku camtu. Aku takde rasa suka atau ape kecuali rasa pelik dalam hati.. (masa tu la)

Susah nak citer perasaan aku pada dia. Bukan aku jual mahal ke hape. Tapi..mamat nie.. err.. cam over sket la. Terutamanya bila nak express kan dia nye hal feeling under tuh! Erm, kekadang menyakitkan hati pun ada. Aku lak yang serba salah. Layan.. salah. Tak layan pun salah. Camne tuh?

Lama2 tuh dengar citer, dia dah kawin. Hmm, ok la tu. Aku tumpang gumbira bila dengar kawan2 selamat mendirikan rumah tangga.

Betul la orang kata FB ne merupakan tempat di mana boleh dijadikan jejak kasih dan kasihan.. kitaorang kembali bertemu secara maya. So, aku rasa takde masalah bertemu semula dengan kawan2 lama yang dah lost kontek tuh..

Namun setelah kami bertemu, dia kerap plak menyatakan perasaan yang dulunya tak terucap.Eh, apesal plak mamat ne? Dah sibuk plak menyatakan perasaan dia. Macam tak sedar diri yang awk tu dah berkeluarga. Boleh blah la kawan..! aku tak suka dengan orang yang curang! Dan bila dia mula cakap merepek- repek ngan aku.. terus aku naik darah! Bukannya apa siap menggatal tak tentu pasal, isu poligami, dan sebagainya. Siap cakap xxx lagi. 


Mangkuk jamban hayun punya kawan.. Terus aku unfriend kan dia dari list friend aku. Padan muka kau!! muaahhahaa! 

Dear mamat tu.. aku bukan tak suka kau! Aku hargai ape yang juga perasaan kau terhadap aku. Tapi aku nak nyatakan di sini bahawa aku tak suka ada hubungan dengan laki orang! Dan sebenarnya, perangai kau tu membuatkan aku jadi meluat! Dari memula kita kenal lagi, terutamanya zaman2 kat uni dulu.. aku ingat kau dah berubah dan dapat terima takdir yang kita nie takde jodoh. Kau yang dulu dan kau yang sekarang sama dengan jew.. Aku ne..Sebab memikirkan ko tuh kawan aku jew, sebab tu kita masih berkawan. Kalau tak memang aku dah offkan ko dari hidup aku! Kata kerja yang sesuai dari aku buat kau = Meluat!



Harap kau paham bahasa!


Khamis, 15 September 2011

Rabu, 7 September 2011

Kenapa?

Hai blog... MAAF ZAHIR BATIN kerana semenjak dua menjak tiga menjak ne, aku tidak lagi berapa jiwa mahu menjenguk dirimu. Bukannya apa. Ada beberapa faktor di sini. Satu, ma to the las. Dua, akhir- akhir ini tuan empunya blog telah perasahsan bz. Bila kebizian datang melanda, semua kerja ditangguh- tangguh. Tiga, err..dua faktor tu je kot..


Maaf, mudahnya melafazkan kata maaf kan? Teringat zaman2 dulu kala. Tatkala hati ini tidak sebeku sekarang! Hati nan dulu mudah cairnya. Macam ais kah? hahaha... bermadah pulak di sini..keh keh keh.. dan bila hati yang memang mudah sentap tersebut tersentap, mula marah kat orang yang bertanggungjawab menyentapkannya tersebut. Haa..entah la..Dulu pernah memaaf segala kesilapan yang telah hamba Allah tu lakukan. Namun bila teringat kembali, maaf yang dulu pernah diucap entah di mana.


Hai susahnya hati ne nak maaf kesalahan orang tu. Tolong lah.. memang mulut cakap dah maafkan tapi tetap teringat. dah cuba sedaya upaya untuk ikhlaskan maaf tersebut. Tetapi bila teringat, marah yang dulu kembali.


Hati oh hati, kenapa la mudahnya kau pecah berderai?
Hati oh hati, kenapa sukarnya kau nak diubati..
Hati oh hati, kau dah 'bentan' ke? Hahaha...

Isnin, 23 Mei 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan..Intan Payung Terjun..

Buat semua intan payung terjun yang disayangi..
Sumber: I Love Islam

  1. Semoga tenang menghadapi saat getir peperiksaan.
  2. Semoga dapat menjawab semua soalan dengan jayanya.
  3. Semoga tidak meniru kawan2 sebelah.
  4. Semoga dapat datang ke sekolah sepanjang minggu peperiksaan ini.
  5. Semoga semuanya mendapat gred yang sepatutnya. Erm, sape tak lulus, GB dah berjanji nak bagi hadiah. Siap la kau..!

Cikgu sentiasa doakan kejayaan kalian.. Amin...

Ahad, 10 April 2011

Tiru- tiruan..


Beberapa hari lepas..kecoh dengan telur ayam tiruan.
Wah.. wah.. punyalah sebab duit.. sanggup tiru.
Sumber: En. Google
Hari ne plak sekali lagi nengok kat tenet.. kecoh plak kicap tiruan..
Sumber: En. Google
Sekali lagi wah.. wah.. punyalah sanggup tiru.. sebab apa?  
Sebab apa lagi.. sebab uwang lah.

Bila bercakap pasal tiru ne.. teringat kisah intan payung terjun yang suka jugak bab- bab tiru ne. Bila ditanya sapa tiru sapa, masing- masing menyalah kawan masing2.. Nah hambik kau! Lepuk manja sorang satu. Ade juga yang bila ditanya apesal jawapan bina ayat tu sama; jawapannya; sebab wat perbincangan bersama- sama.. oo..alasan ye.. pun jugak kena lepuk manja dua2..
Sekadar gambar hiasan.
Sumber: En. Google













Kesimpulannya, bukanlah perkara tiru ne sangat negatif. Ade juga positifnya. Menirulah perkara yang baik- baik. Yang baik dijadikan panduan, yang tak baik dijadikan sempadan.


Tak gitu?


Rehat minda..



Klakar nengok aksi dorang ni..
ooo...soley..soleyyy...


"Kite Bakoor.....!"

Sabtu, 9 April 2011

Uwaa..nak cuti!


Pening.. dengan segala macam benda nak difikirkan..

Penat.. dengan segala macam benda yang nak di buat..

*sigh*

Aku tau aku tak patut mengeluh dengan kebizian yang datang melanda hidup aku semenjak dua menjak ne. Namun, sebagai manusia yang lemah, sesekali atau dua kali aku mengeluh juga.

Uwaa.. aku nak cuti. Yerr.. aku menginginkan cuti yang menseronokkan. Tak payah nak fikir apa2. Tak payah fikir fasal fail2 yang tak siap2 tuh.Tak payah fikir pasal kerja yang dah semakin menimbun. Tak payah fikir pasal ape la yang akan jadi pada hari pemantauan daripada PPD/JPN nanti. Juga tak payah fikir pasal kerja2 pengkeranian yang aku dan cikgu2 lain duk buat sekarang.


Aku pun tak tau la entah bila la semua2 kerja yang bizi tersebut akan habis.

**buat intan payung terjun - maaflah kalau cikgu ter'swing mood' semenjak dua menjak ne..korang wat salah sikit jer cikgu dah moody tak semena- mena.. Ape pun, korang tetap di hati..

Mak.. tolong..! Kebizian datang melanda..

Tolong..
Help..
Chome nga.. 
Aku pada masa ini.. Ya Allah.. bizi sekali.. aku dapat rasakan yang aku sangat sibuk. 
Ne pun mencuri sedikit masa untuk memblog..
Tak pe lah.. janji aku update..

Sekian untuk hari ini.. Entah bila lagi blog ini dapat diupdate lagi..

Hai entah lah..!
*sigh*

Selasa, 8 Mac 2011

Aksi dan gaya..


Ayat semalam: Ntah ape lagi yang intan payung terjun nak lakukan esok..! 

Hari kedua MSSD

Malas mahu menulis ayat2. Ganti dengan gambar2 jer.. 

Antara aksi2 yang mereka lakukan.  Namun tidaklah begitu keterlaluan..

Aksi 1: Cikgu2 sibuk nak ngumpat, dorang sibuk posing2..
Aksi 2: Masih lagi memosing..
Aksi 3: Aksi membuat lawak tak hingat dunia dan ketawa besar..
Aksi 4: Merajuk sambil main mainan cekedis..
Aksi 5: Duduk senget sambil menjaga botol air..
Aksi 6: Suap- menyuap kentang goreng dengan gaya tersendiri..
Aksi 7: Muka2 poyo di situ..
Aksi 8: Mari bergambar bersama Elly..

Pelbagai aksi dan gaya boleh dilihat. Erm, dorang ne pegi kejohanan sukan ke berkelah yek? Ape pun tahniah kepada yang berjaya memperoleh pingat. setakat ne sekolah aku berjaya memperoleh 3 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa (kalau tak silap lar..) Erm, nanti lah tunggu keputusan rasminya..

Berakhirnya hari kedua MSSD di SMK Pertang..

Esok bakal berlasung hari ketiga..

Isnin, 7 Mac 2011

Ibuuu..err..eh..cikguuu..!


Terkesima sekejap aku! Yes, betul terkesima. Err, terkesima tu hape yek..? Jap, nak cari dalam kamus dewan edisi keempat. (sambil menekan2 butang kamus elektronik..) ooo..terkesima tu bermaksud tercengang, termangu- mangu, hilang akal. Err, hilang akal tu takde la kot. Tapi termangu- mangu tu mungkin.. (Sengaja nak buat pendahuluan banyak2.. huhu..) 

Sebenarnya, ada anak murid aku tersasul memanggil aku dengan panggilan ibu. "Ibuuu..nak nasik..eh..cikgu nak nasik..." Er.. bangga jugaklah. Kelakar pun ader. Pastu siap kena ejek ngan kawan dia lagi sebab panggil cikgu dengan panggilan cenggitu. Huhuhu.. sebelum ne aku dah pernah dipanggil dengan panggilan seperti itu spt mama, mak dsbnya. Takpelah panggil la ape2 pun. Jangan panggil dengan panggilan yang tak sepatutnya sudahlah. Yang pasti; nyata, sebenarnya aku tua sudaa.. sebab dah punya anak2.. Anak2 murid aku pun panggil aku ngan panggilan mak bukan kakak seperti dalam angan2 aku.. kehkehkeh..! Ngehngehngeh..aku sedar diri..

Sebenarnya lagi.. bukannya hape.. tadi aku membawa anak2 muridku ke MSSD di SMK Pertang. Penat menunggu sebenarnya. Terponggok ler aku dan cg.F di situ sambil blur semacam sebab belum pernah pergi ke acara seperti ini. Tapi ok la jugak. Berkat kesabaran kami berdua, berakhirnya hari ini dengan jayanya.

Anak2 murid aku (intan payung terjun) macam2 pesen perangainya. Rasanya kaya akak yang jual cekedis, kentang goreng dan air tu. Abes segala duit yang ada dorang g beli semuanya. Tu belum lagi yang wat aksi2 tersendiri kerana boring keapatah. "Cikgu, tadi saya nampak akak sekolah menengah tu wat aksi macam ne.." (sambil menayangkan aksi tertonggeng..) Sampai kena gelak ngan cikgu2 sekolah menengah. Hahaha. Macam2 hal. 


Juga aksi2 seperti gambar di bawah..

Aksi pertama..
Aksi kedua..

cg.F lak tensen semacam terutamanya dengan pentadbiran dan urusetia. Sabar ye cg.F. Banyak2 la kita belajar mana yang patut.

Berakhirnya hari ini dengan K.E.P.E.N.A.T.A.N


Esok bermula lagi untuk hari kedua. Ntah ape lagi yang intan payung terjun nak lakukan esok..!

Ahad, 6 Mac 2011

Marah tul aku..


PERINGATAN PENTING : N3 ini berbaur ayat2 marah dan berprovokasi. Sila jangan baca sekiranya mungkin akan menggangu minda dan fikiran anda. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemudaratan..

Buat makcik yang begitu perahsantan perasan anaknya macam bagus.. aku tak kira aku nak tulis n3 pasal ne jugak. Lantak la nak jadi isu ke hape. Tapi yang pasti aku sakit hati sungguh ngan makcik ne..

Aku mendapat call daripada makcik ne. Tujuan makcik ne nak telefon aku; nak tanya anak dia g men sukan kat skul mana besoknya. Bukannya aku tak nak layan ke hape tetapi aku busan nak menjawab soklan dia tu. Yang mana macam tak paham bahasa jerw…! Aku malas la nak ‘bahasa’kan dia kan. Aku layan jer lah. Dan yang mana akhirnya aku suh dia kontek cikgu yang berkenaanlah.

Bengang betul bila dia sound aku siap guna huruf besar lagi. Berserabut tul aku ngan makcik sowang ne. Ditambah2 lagi dengan sakit kepala aku yang dari petang tadi ne..  dalam hati memang aku dah sumpah seranah dia la kan. Pas aku bagi no tu. Sikit pun tak terima kasih kat aku. Hampeh tul la makcik tuu..

Buat makcik tuu.. Jangan ingat anak makcik tu wakil sekolah ke hapa saya boleh bagi muka kat dia. Jangan ingat anak makcik berjaya dalam bidang sukan saya boleh bagi muka kat dia. Ne baru anak makcik berjaya mewakili sekolah kan.. dah bangga semacam! Saya juga nak nyatakan di sini bahawa.. jangan ingat anak makcik tu bagus sangat! Ne saya tengok markah BM pun macam cukup makan jer.. sukan dan akademik kena la seimbang. Tak kan esok2 nak jadi ahli sukan yang tak pandai membaca dan mengira. Sahsiah tu satu hal lagi. Asyik berlari sana sini tapi disiplin takde buat apa! Sekolah malas nak datang. Jangan masa berlari jer tengok anak tu. Tapi masa dia amik periksa sok datang tengok dia jugak. Ajar anak tu macam mana nak dengar arahan guru. Hmm.. Patut la saya tengok anak makcik tu mengada dan gedik semacam jer..


Kalau makcik tu tak sound aku, rasanya aku takde la semarah ini..



Takde masa aku nak tapis N3 ne..

Aku yang semakin hari semakin bizi..


Aku agak stess wat masa ne. Erm, semakin banyak yang perlu difikirkan. Semakin banyak yang perlu disetelkan. Semakin banyak yang perlu diselesaikan.

Pertama. P&P. Sememangnya dah memang yang perlu diutamakan. Dah lama rasanya aku tak mengadap mereka2 intan payung terjun kesayangan dengan ‘sepenuh hati’. Al maklumlah baru lepas abes kejohanan sukan sekolah. Minggu ne dah ada yang kehilangan buku latihan; terlupa dia letak kat mana. Marah tul aku! “Cg tak kira.. Cari sampai dapat..!” Ada jugak yang terhilang jadual sehingga melupakan buku2 yang harus dibawa. Tensen tul aku..! Ntah la, aku memang sangat marah masa tu. Cikgu bagi tempoh sampai mggu depan jew!.. Kalau takde.. siap! 

Kedua. Pemulihan murid protim tu masih lagi berlansung. Erm.. ne, minggu depan aku takde dari hari Isnin sampai Khamis. Sah2 dorang boleh rilek.

Ketiga. Ujian bulanan intan payung terjun tahun 4 dan 5 berjalan seperti yang dijadualkan. Namun masih kekurangan masa dan kepincangan emosi dalam menanda kertas2 jawapan dorang.

Keempat. Hal2 berkaitan pentadbiran makmal ICT perlu diselesaikan. Beberapa perkara di sini sana. Segala yang rusak perlu diperbaiki. Makmal yang serabut perlu dikemaskan. Rekod2 pentadbiran perlu di kemaskini. Briged Bestari. Mesyuarat ICT. KEW PA. SSQS. Laman web. School Net. Naik taraf networking. Pemantauan. Ayak! Semuanya berlegar- legar dalam pale otak. Risau plak!

Kelima. Pasukan Bola Jaring sekolah telah dibentuk. Pada 23.03.2011 bakal berlansung perlawanan di antara sekolah2 di sekitar daerah Jelebu. Hampir setiap petang bersama- sama ngan tcer shila and farizah melatih bebudak pasukan tersebut. Bernanah telinga dorang sebab kena maki ngan tcer dorang. Nasib ler. Memang tak leh kasi can dorang ne. Mengada2.. Ngan aku leh ler dorang memain tapi ngan tcer Farizah xleh wat ape2..

Keenam. Aku kena bawak bebudak sukan Daerah. Dah tentu kelas2 yang aku ajar tu xbelajar. Dun wori intan payung terjun cikgu semua.. cikgu dah siapkan worksheet yang perlu korang wat masa cikgu takde nanti.. tapi sedikit sebanyak risau kerana bimbang ada yang tak siapkan semua kerja2 yang aku bagi tu..!?

Ketujuh. Er aku lupa nak wat ape lagi. Kena bukak buku catitan.

Harap semuanya berjalan lancar.

Isnin, 28 Februari 2011

Letter of the broken hearted..


Sukar untuk ku nyatakan di sini. Memang sukar nak susun ayat. Terutamanya bila kait mengait dengat soal hati dan perasaan.

Terus terang aku katakan di sini. Aku semacam sukar nak bermain- main dengan perasaan sendiri lagi. Dan juga sebenarnya aku semacam ada satu perasaan; iaitu perasaan takut kecewa! Yes.. aku takut kecewa. Aku hanyalah seorang wanita yang lemah. Lemah dengan segala permainan lelaki.

Perasaan sedih pernah menyelubungi aku. Air mata pernah juga tumpah kerana si dia yang tak pernah menghargai. Hati pernah remuk parah. Jiwa pernah punah sengsara.. Sakitnya Allah saja yang tahu.. Segala kata adjektif lah muncul.. Biasalah kan perempuan; bila dilayan lebih2 perasan yang si dia menyukai. Hati aku nie bukan mainan. Aku tak nak mengulangi perkara yang pernah aku lakukan dulu. Aku tak nak dia yang bergelar lelaki kembali dalam hidup aku dan kembali mengecewakan aku.

Dan sebenarnya tatkala aku menulis n3 ini, hatiku dipagut pilu. Lor..kenapa aku sensitif lak ne? Bukankah aku dah lupakan dan merelakan semua yang berlaku dalam hidup ne? Allah Maha Adil. Ada sebab kenapa ditetapkan ‘cerita’ sebegini rupa. Hati oh hati..biarkan yang dah berlalu tu pergi jauh! Betapa remuknya kau hati.. Tapi jika dikumpul dan di'iron' semula apalah salahnya kan.. Ya..Namun kesan remukannya tetap ada..

Life must go on..

Terima kasih Ya Allah. Aku masih punya keluarga yang mencintai..

Terima kasih Ya Allah. Aku masih punya kawan2 yang menyayangi..


T
erima kasih Ya Allah..

Ahad, 27 Februari 2011

Pandu Memandu


Alhamdulillah aku dah berjaya memandu sendiri untuk pulang ke kampung halaman. 


Berkat doa emak ku yang tersayang. Akhirnya aku sudah boleh la la.. memandu sendiri. 


Sudah berani nampaknya.. hehe.. 


Alhamdulillah! Saya macam tak percayalah! Tapi betul, kena percaya jugak. 


Bak kata housemateku kena ansur maju. Memandu tu takde masalah kot. 


Cuma kena ada yang guide jalan. 


So panjang lah langkah tu sket kan…

erm...dua orang model di situ..


Sabtu, 22 Januari 2011

IMPIAN..


Sekarang ne aku dah memandu sendiri. Alhamdulillah rezeki nak beli kereta. Aku suka sangat. Walaupun kereta tu second hand. Tapi I like. Actually, kereta tu akak aku yang punya. Erm, my brother in law yang beli atas nama akak aku. Oleh kerana dah berlambak kereta dia kat rumah sampai tak cukup tempat parkir, dia offer la kat aku.

Aku suka kereta ne. Walaupun dua pintu. Tapi best. Sebab Nampak sporty jer. Mak aku cakap ne kereta kedekut sebab dua orang je leh naik. Huhuhu.. tapi aku exited sangat bukan sebab kereta tu sangat. Tapi sebab aku dah ada lesen memandu. Tu yang exited tu.  Masa memula drive tu memang takut. Bukannya apa, aku ne memang mudah cemas sket. Erm, kekadang kelam kabut jugak. Harap aku boleh ubah sikap kelam kabut aku tuh.. InsyAllah..

Sekarang nie, impian aku dah tercapai. Erm, sebenarnya aku ada tulis semua impian aku tuh dalam diary.
  1. Pendidikan. Aku ada impian nak sambung belajar ke peringkat yang tertinggi selagi aku mampu. Dulu cikgu aku ada cakap. Pendidikan ne bukan hanya habis setelah kita mendapat kerja tetapi hingga akhir nyawa. Dan aku kini telah memilik segulung ijazah. ALHAMDULILLAH. Syukur. Kalau dulu masa dapat keputusan SPM aku nangis jugak bila semua kengkawan dapat result yang best, tetapi aku kurang best. Dan aku jugak sedih bila kawan2 seangkatan masa SPM telah berangkat ke alam U, tetapi aku masih di sekolah; meneruskan perjuangan untuk memiliki sijil STPM. Berkat kesabaran dan kesungguhan aku akhirnya mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan terakhir di sekolah. Memang dah rezeki agaknya. ALHAMDULILLAH. Syukur. Dan kini aku masih menyimpan hasrat untuk menyambung pengajianku ke peringkat Master. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah..
  2. Pekerjaan. Alhamdulillah. Aku dah ada pekerjaan yang tetap. Dan juga miliki wang gaji hasil daripada pekerjaan aku ni. Kalau masa aku tulis impian dulu aku tak konpem nak pilih bidang yang mana. Macam- macam aku senaraikan termasuklah pegawai, guru, kerani, dll. Juga aku senaraikan aku akan bekerja di sektor swasta. Dan akhirnya, ALHAMDULILLAH. Syukur pada Allah. Dia tetapkan aku menjadi seorang guru. Seperti mana cita- cita aku waktu kecik dulu. Dan sebenarnya, aku masih menyimpan hasrat ke arah cita2 kedua aku iaitu untuk menjadi seorang pensyarah. InsyaAllah, kalau diizinkan..
  3. Harta. Aku ada impian untuk kumpul harta ect kereta, rumah, wang.. Dan aku senaraikan impian aku nak memiliki kereta; paling koman pun nak beli MyVi sebijik. Tapi takpelah kira impian dah jadi kenyataan lah sebab aku dah miliki Satria Neo yang best. Sehingga kini aku masih menyimpan hasrat nak memiliki rumah sendiri. InsyaAllah, kalau diizinkan..
  4. Famili. Masih memiliki impian nak bina famili sendiri. Maksudnya berkahwin ler. Erm, Jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. InsyaAllah, kita merancang Allah yang menentukannya.
Dan, sebenarnya masih banyak impian yang aku senaraikan dalam diari aku ne. seperti:
·         Melancong ke Korea. Hmm, entahlah myb time tu aku teringin sangat nak pergi sana. Aku pun dah lupa. Bila baca balik diari lama baru tau impian nie.
·         Buat kerja sosial dan kerja amal.
·         Erm, lawak la aku ne. Ade jugak impian aku nak bayar semua hutang ngan PTPTN. Hahaha.. layan je lah..
·         Rasanya yang paling penting sekali; Tolong mak ayah dan family.

Dan yang paling sangat penting sekali matlamat ukhrawi iaitu kumpul amalan banyak.. Ya Allah, tolong lah hamba-Mu ini.. Amin

Juga aku de tulis di akhir kertas matlamat aku tu.. Just my angan- angan + Matlamat

Alhamdulillah. Kiranya ape yang aku impikan akhirnya aku dapat walau pun ada yang masih dalam perancangan. Kira ok la tu.

TERIMA KASIH ya Allah..

Erm, sebenarnya suka la baca balik diary lama- lama ne. Teringat kisah dulu- dulu. Buat aku ketawa dan sengih sorang- sorang..

Isnin, 17 Januari 2011

Biarlah aku begini..


Tolong ingatkan aku..Kisah kau... Lagu Anna Rafali menang. Tahniah Cik Anna. Erm, saya pun suka mendengar lagu tersebut.. huhu.. Bait2 ayat dalam lagu tu memang sangat puitis..

Kisah aku dan dia? Bila fikir2 balik. Erm, tak yah lah ingatkan semulala.. xpe saya tak kisah pun. Lagi pun semua kisah dulu sangat tidak best. Buat ape nak ingat semulakan..? Tapi yang best tak pe..

Mak dah tanya dengan ayat soal. Bila nak ada apa2? Aku jawab dengan ayat penyata yang tak sudah, erm.. bila2.. Hehe.. Bukan nak permainkan mak. Cuma aku fikirkan banyak aspek terutamanya family. Memang la yang bina hidup tu aku bukan mak or family. Tapi semua tu kan berkaitan. Dan rasanya tak salah bila aku turut memikirkan family bila nak kaitkan masa depan aku. Sebab apa? Sebab apa2 yang berlaku nanti semua akan kembali semula kepada family. (**Perenggan ini tiada kaitan dengan perenggan di atas**)

Dan berbalik semula kedapa kepada tajuk.. Rasanya biarlah aku begini. Erm, bukannya suka suki nak hidup tak berteman. Cuma beringat. Kisah dulu2 memang sangat mendukacitakan. Tak sedap lansung. Bukankah tahun ini telah berazam untuk membuka lembaran baru. Dan rasanya agak sukar nak terima sape2 dalam hati ini. Buat masa ini nak beri tumpuan dulu pada intan payung terjun dan bidang keguruan ini. Bukan tak nak fikir masa depan. Cuma malas nak semakkan pale otak ini dengan perkara2 yang semak. Sebab nanti bersemak plak kepala otak saya yang dah sedia semak. Eh! Hamende plak yang aku tulis ne..

Kosa kata hari ini: semak **Peringatan** sila rujuk kamus dewan. Jangan terpengaruh dengan n3 ini.


Akhir kata, jangan pening- pening kepala..

Jangan la gelak kat saya..

Sekali lagi diulang jangan la gelakkan saya.. 


Sebab? 


Tanya saya sebab? 


Kejap! Haha.. Saya baru jer mendapat lesen memandu.. 


Haha.. saya gelakkan diri saya sendiri tak pe. Sebenarnya saya suka sangat akhirnya saya berjaya.


Alhamdulillah..


Nak nyanyi lagu Maher Zain sekarang..

Anda semua kalau nak gelak, gelak time saya takde ok..

Rabu, 12 Januari 2011

Cerita Tahun baru yang tak berapa nak baru.. layan je lah

Tahun yang memang banyak cabaran..


Tahun ne aku plak memegang ‘tampuk’ makmal ict kat sekolah. Haiyoo..! Mari menambahkan pengalaman..! (kling…kling... bunyi loceng eskrem) Erm, sebenarnya.. agak sukar aku nak mulakan pengurusan mana yang dulu.. rasa macam tak tau nak bikin mana satu. Plak tu nak duk dalam makmal komputer yang besoor gitu dan penuh dengan segala macan macam peralatan komputer tu. Memang la best ader ekon.. tapi.. sukar untuk dijelaskan di sini. Namun, disebabkan GB telah memberi sepenuh kepercayaan. So, layan je lah.. buat mana yang termampu. Tanya mana yang patut. Siapkan mana yang perlu.


Dan tahun ini aku tidak lagi memegang pentadbiran mana2 kelas. Tak yah nak isi jadual kedatangan pada hari2 persekolahan. Hehe.. namun aku sedikit keciwa la sebab rasa macam best jer jadi guru kelas. Namun... tiada rezeki untuk tahun ne.


Buat kesekian kalinya, aku masih mengajar subjek BM. Masih banyak yang perlu aku belajar dan mendalami subjek ini sama ada dari segi isi kandungan pelajaran mahupun kaedah pengajaran dalam bilik darjah. Wahai kawan2 guru sekalian, tolonglah beri saya tunjuk ajar.. GPK 1 telah memberi kepada aku 2 kelas untuk diajar. 5 Jauhari dan 4 Bestari seperti mana yang dibincangkan oleh ahli2 panitia pada tahun lepas. Rasanya ok la kot. Perangai intan payung 5 Jauhari aku dah paham dah paham dah kecuali bagi mereka2 yang baru masuk. Erm, setakat ne masih lagi mengada2 ngan aku. Jaga nanti..! Harapan aku semoga ada sinar FM perubahan dalam diri dorang untuk menempuh UPSR pada tahun hadapan.


Selain daripada mengajar BM, aku juga dikehendaki mengajar subjek minor yang lain seperti Pen. Sivik dan Kewarganegaraan, Pen. Seni Visual, dan Pen. Muzik. Rasanya tiada masalah kot. Dan setakat 2 minggu ne memang ok sahaja PnP aku. PSK memang aku suka sangat sebab subjek tu kan opsyen aku.. Yeah! I like banyak2.. Kalau GPK aku nak bagi semua subjek PSK tahun 4 dan 5 pun aku suka. Ye la kan, dah opsyen kita. Memang la suka secara banyak! Erm, PSV pun sama. Minor opsyen aku. Suka jugak. Walaupun masih banyak yang perlu belajar. Dan seterusnya, Muzik. Aku layan je lah mengajar muzik tahun 2 tuh. Sib baik kelas 2 jauhari tu ok. So setakat ne tiada masalah bagi aku untuk handle.


Akhir sekali, sedikit kecewa jugak sebab tak dapat ajar Kajian Tempatan. Namun, hanya simpan dalam hati!



**tiada masa mahu mengkalerkan n3 kaler2, belasah jelah kaler kuning..


N


Selasa, 11 Januari 2011

Darling..intan..payung..

Dengan ini dipersembahkan.. anak2 buah aku..




Sekian sahaja buat masa ini..