Rabu, 12 Januari 2011

Cerita Tahun baru yang tak berapa nak baru.. layan je lah

Tahun yang memang banyak cabaran..


Tahun ne aku plak memegang ‘tampuk’ makmal ict kat sekolah. Haiyoo..! Mari menambahkan pengalaman..! (kling…kling... bunyi loceng eskrem) Erm, sebenarnya.. agak sukar aku nak mulakan pengurusan mana yang dulu.. rasa macam tak tau nak bikin mana satu. Plak tu nak duk dalam makmal komputer yang besoor gitu dan penuh dengan segala macan macam peralatan komputer tu. Memang la best ader ekon.. tapi.. sukar untuk dijelaskan di sini. Namun, disebabkan GB telah memberi sepenuh kepercayaan. So, layan je lah.. buat mana yang termampu. Tanya mana yang patut. Siapkan mana yang perlu.


Dan tahun ini aku tidak lagi memegang pentadbiran mana2 kelas. Tak yah nak isi jadual kedatangan pada hari2 persekolahan. Hehe.. namun aku sedikit keciwa la sebab rasa macam best jer jadi guru kelas. Namun... tiada rezeki untuk tahun ne.


Buat kesekian kalinya, aku masih mengajar subjek BM. Masih banyak yang perlu aku belajar dan mendalami subjek ini sama ada dari segi isi kandungan pelajaran mahupun kaedah pengajaran dalam bilik darjah. Wahai kawan2 guru sekalian, tolonglah beri saya tunjuk ajar.. GPK 1 telah memberi kepada aku 2 kelas untuk diajar. 5 Jauhari dan 4 Bestari seperti mana yang dibincangkan oleh ahli2 panitia pada tahun lepas. Rasanya ok la kot. Perangai intan payung 5 Jauhari aku dah paham dah paham dah kecuali bagi mereka2 yang baru masuk. Erm, setakat ne masih lagi mengada2 ngan aku. Jaga nanti..! Harapan aku semoga ada sinar FM perubahan dalam diri dorang untuk menempuh UPSR pada tahun hadapan.


Selain daripada mengajar BM, aku juga dikehendaki mengajar subjek minor yang lain seperti Pen. Sivik dan Kewarganegaraan, Pen. Seni Visual, dan Pen. Muzik. Rasanya tiada masalah kot. Dan setakat 2 minggu ne memang ok sahaja PnP aku. PSK memang aku suka sangat sebab subjek tu kan opsyen aku.. Yeah! I like banyak2.. Kalau GPK aku nak bagi semua subjek PSK tahun 4 dan 5 pun aku suka. Ye la kan, dah opsyen kita. Memang la suka secara banyak! Erm, PSV pun sama. Minor opsyen aku. Suka jugak. Walaupun masih banyak yang perlu belajar. Dan seterusnya, Muzik. Aku layan je lah mengajar muzik tahun 2 tuh. Sib baik kelas 2 jauhari tu ok. So setakat ne tiada masalah bagi aku untuk handle.


Akhir sekali, sedikit kecewa jugak sebab tak dapat ajar Kajian Tempatan. Namun, hanya simpan dalam hati!



**tiada masa mahu mengkalerkan n3 kaler2, belasah jelah kaler kuning..


N


Tiada ulasan: