Sukar untuk ku nyatakan di sini. Memang sukar nak susun ayat. Terutamanya bila kait mengait dengat soal hati dan perasaan.
Terus terang aku katakan di sini. Aku semacam sukar nak bermain- main dengan perasaan sendiri lagi. Dan juga sebenarnya aku semacam ada satu perasaan; iaitu perasaan takut kecewa! Yes.. aku takut kecewa. Aku hanyalah seorang wanita yang lemah. Lemah dengan segala permainan lelaki.
Perasaan sedih pernah menyelubungi aku. Air mata pernah juga tumpah kerana si dia yang tak pernah menghargai. Hati pernah remuk parah. Jiwa pernah punah sengsara.. Sakitnya Allah saja yang tahu.. Segala kata adjektif lah muncul.. Biasalah kan perempuan; bila dilayan lebih2 perasan yang si dia menyukai. Hati aku nie bukan mainan. Aku tak nak mengulangi perkara yang pernah aku lakukan dulu. Aku tak nak dia yang bergelar lelaki kembali dalam hidup aku dan kembali mengecewakan aku.
Dan sebenarnya tatkala aku menulis n3 ini, hatiku dipagut pilu. Lor..kenapa aku sensitif lak ne? Bukankah aku dah lupakan dan merelakan semua yang berlaku dalam hidup ne? Allah Maha Adil. Ada sebab kenapa ditetapkan ‘cerita’ sebegini rupa. Hati oh hati..biarkan yang dah berlalu tu pergi jauh! Betapa remuknya kau hati.. Tapi jika dikumpul dan di'iron' semula apalah salahnya kan.. Ya..Namun kesan remukannya tetap ada..
Life must go on..
Terima kasih Ya Allah. Aku masih punya keluarga yang mencintai..
Terima kasih Ya Allah. Aku masih punya kawan2 yang menyayangi..
Terima kasih Ya Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan