Sabtu, 22 Januari 2011

IMPIAN..


Sekarang ne aku dah memandu sendiri. Alhamdulillah rezeki nak beli kereta. Aku suka sangat. Walaupun kereta tu second hand. Tapi I like. Actually, kereta tu akak aku yang punya. Erm, my brother in law yang beli atas nama akak aku. Oleh kerana dah berlambak kereta dia kat rumah sampai tak cukup tempat parkir, dia offer la kat aku.

Aku suka kereta ne. Walaupun dua pintu. Tapi best. Sebab Nampak sporty jer. Mak aku cakap ne kereta kedekut sebab dua orang je leh naik. Huhuhu.. tapi aku exited sangat bukan sebab kereta tu sangat. Tapi sebab aku dah ada lesen memandu. Tu yang exited tu.  Masa memula drive tu memang takut. Bukannya apa, aku ne memang mudah cemas sket. Erm, kekadang kelam kabut jugak. Harap aku boleh ubah sikap kelam kabut aku tuh.. InsyAllah..

Sekarang nie, impian aku dah tercapai. Erm, sebenarnya aku ada tulis semua impian aku tuh dalam diary.
  1. Pendidikan. Aku ada impian nak sambung belajar ke peringkat yang tertinggi selagi aku mampu. Dulu cikgu aku ada cakap. Pendidikan ne bukan hanya habis setelah kita mendapat kerja tetapi hingga akhir nyawa. Dan aku kini telah memilik segulung ijazah. ALHAMDULILLAH. Syukur. Kalau dulu masa dapat keputusan SPM aku nangis jugak bila semua kengkawan dapat result yang best, tetapi aku kurang best. Dan aku jugak sedih bila kawan2 seangkatan masa SPM telah berangkat ke alam U, tetapi aku masih di sekolah; meneruskan perjuangan untuk memiliki sijil STPM. Berkat kesabaran dan kesungguhan aku akhirnya mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan terakhir di sekolah. Memang dah rezeki agaknya. ALHAMDULILLAH. Syukur. Dan kini aku masih menyimpan hasrat untuk menyambung pengajianku ke peringkat Master. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah..
  2. Pekerjaan. Alhamdulillah. Aku dah ada pekerjaan yang tetap. Dan juga miliki wang gaji hasil daripada pekerjaan aku ni. Kalau masa aku tulis impian dulu aku tak konpem nak pilih bidang yang mana. Macam- macam aku senaraikan termasuklah pegawai, guru, kerani, dll. Juga aku senaraikan aku akan bekerja di sektor swasta. Dan akhirnya, ALHAMDULILLAH. Syukur pada Allah. Dia tetapkan aku menjadi seorang guru. Seperti mana cita- cita aku waktu kecik dulu. Dan sebenarnya, aku masih menyimpan hasrat ke arah cita2 kedua aku iaitu untuk menjadi seorang pensyarah. InsyaAllah, kalau diizinkan..
  3. Harta. Aku ada impian untuk kumpul harta ect kereta, rumah, wang.. Dan aku senaraikan impian aku nak memiliki kereta; paling koman pun nak beli MyVi sebijik. Tapi takpelah kira impian dah jadi kenyataan lah sebab aku dah miliki Satria Neo yang best. Sehingga kini aku masih menyimpan hasrat nak memiliki rumah sendiri. InsyaAllah, kalau diizinkan..
  4. Famili. Masih memiliki impian nak bina famili sendiri. Maksudnya berkahwin ler. Erm, Jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. InsyaAllah, kita merancang Allah yang menentukannya.
Dan, sebenarnya masih banyak impian yang aku senaraikan dalam diari aku ne. seperti:
·         Melancong ke Korea. Hmm, entahlah myb time tu aku teringin sangat nak pergi sana. Aku pun dah lupa. Bila baca balik diari lama baru tau impian nie.
·         Buat kerja sosial dan kerja amal.
·         Erm, lawak la aku ne. Ade jugak impian aku nak bayar semua hutang ngan PTPTN. Hahaha.. layan je lah..
·         Rasanya yang paling penting sekali; Tolong mak ayah dan family.

Dan yang paling sangat penting sekali matlamat ukhrawi iaitu kumpul amalan banyak.. Ya Allah, tolong lah hamba-Mu ini.. Amin

Juga aku de tulis di akhir kertas matlamat aku tu.. Just my angan- angan + Matlamat

Alhamdulillah. Kiranya ape yang aku impikan akhirnya aku dapat walau pun ada yang masih dalam perancangan. Kira ok la tu.

TERIMA KASIH ya Allah..

Erm, sebenarnya suka la baca balik diary lama- lama ne. Teringat kisah dulu- dulu. Buat aku ketawa dan sengih sorang- sorang..

Tiada ulasan: