Ahad, 6 Mac 2011

Aku yang semakin hari semakin bizi..


Aku agak stess wat masa ne. Erm, semakin banyak yang perlu difikirkan. Semakin banyak yang perlu disetelkan. Semakin banyak yang perlu diselesaikan.

Pertama. P&P. Sememangnya dah memang yang perlu diutamakan. Dah lama rasanya aku tak mengadap mereka2 intan payung terjun kesayangan dengan ‘sepenuh hati’. Al maklumlah baru lepas abes kejohanan sukan sekolah. Minggu ne dah ada yang kehilangan buku latihan; terlupa dia letak kat mana. Marah tul aku! “Cg tak kira.. Cari sampai dapat..!” Ada jugak yang terhilang jadual sehingga melupakan buku2 yang harus dibawa. Tensen tul aku..! Ntah la, aku memang sangat marah masa tu. Cikgu bagi tempoh sampai mggu depan jew!.. Kalau takde.. siap! 

Kedua. Pemulihan murid protim tu masih lagi berlansung. Erm.. ne, minggu depan aku takde dari hari Isnin sampai Khamis. Sah2 dorang boleh rilek.

Ketiga. Ujian bulanan intan payung terjun tahun 4 dan 5 berjalan seperti yang dijadualkan. Namun masih kekurangan masa dan kepincangan emosi dalam menanda kertas2 jawapan dorang.

Keempat. Hal2 berkaitan pentadbiran makmal ICT perlu diselesaikan. Beberapa perkara di sini sana. Segala yang rusak perlu diperbaiki. Makmal yang serabut perlu dikemaskan. Rekod2 pentadbiran perlu di kemaskini. Briged Bestari. Mesyuarat ICT. KEW PA. SSQS. Laman web. School Net. Naik taraf networking. Pemantauan. Ayak! Semuanya berlegar- legar dalam pale otak. Risau plak!

Kelima. Pasukan Bola Jaring sekolah telah dibentuk. Pada 23.03.2011 bakal berlansung perlawanan di antara sekolah2 di sekitar daerah Jelebu. Hampir setiap petang bersama- sama ngan tcer shila and farizah melatih bebudak pasukan tersebut. Bernanah telinga dorang sebab kena maki ngan tcer dorang. Nasib ler. Memang tak leh kasi can dorang ne. Mengada2.. Ngan aku leh ler dorang memain tapi ngan tcer Farizah xleh wat ape2..

Keenam. Aku kena bawak bebudak sukan Daerah. Dah tentu kelas2 yang aku ajar tu xbelajar. Dun wori intan payung terjun cikgu semua.. cikgu dah siapkan worksheet yang perlu korang wat masa cikgu takde nanti.. tapi sedikit sebanyak risau kerana bimbang ada yang tak siapkan semua kerja2 yang aku bagi tu..!?

Ketujuh. Er aku lupa nak wat ape lagi. Kena bukak buku catitan.

Harap semuanya berjalan lancar.

Tiada ulasan: