Ahad, 6 Mac 2011

Marah tul aku..


PERINGATAN PENTING : N3 ini berbaur ayat2 marah dan berprovokasi. Sila jangan baca sekiranya mungkin akan menggangu minda dan fikiran anda. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemudaratan..

Buat makcik yang begitu perahsantan perasan anaknya macam bagus.. aku tak kira aku nak tulis n3 pasal ne jugak. Lantak la nak jadi isu ke hape. Tapi yang pasti aku sakit hati sungguh ngan makcik ne..

Aku mendapat call daripada makcik ne. Tujuan makcik ne nak telefon aku; nak tanya anak dia g men sukan kat skul mana besoknya. Bukannya aku tak nak layan ke hape tetapi aku busan nak menjawab soklan dia tu. Yang mana macam tak paham bahasa jerw…! Aku malas la nak ‘bahasa’kan dia kan. Aku layan jer lah. Dan yang mana akhirnya aku suh dia kontek cikgu yang berkenaanlah.

Bengang betul bila dia sound aku siap guna huruf besar lagi. Berserabut tul aku ngan makcik sowang ne. Ditambah2 lagi dengan sakit kepala aku yang dari petang tadi ne..  dalam hati memang aku dah sumpah seranah dia la kan. Pas aku bagi no tu. Sikit pun tak terima kasih kat aku. Hampeh tul la makcik tuu..

Buat makcik tuu.. Jangan ingat anak makcik tu wakil sekolah ke hapa saya boleh bagi muka kat dia. Jangan ingat anak makcik berjaya dalam bidang sukan saya boleh bagi muka kat dia. Ne baru anak makcik berjaya mewakili sekolah kan.. dah bangga semacam! Saya juga nak nyatakan di sini bahawa.. jangan ingat anak makcik tu bagus sangat! Ne saya tengok markah BM pun macam cukup makan jer.. sukan dan akademik kena la seimbang. Tak kan esok2 nak jadi ahli sukan yang tak pandai membaca dan mengira. Sahsiah tu satu hal lagi. Asyik berlari sana sini tapi disiplin takde buat apa! Sekolah malas nak datang. Jangan masa berlari jer tengok anak tu. Tapi masa dia amik periksa sok datang tengok dia jugak. Ajar anak tu macam mana nak dengar arahan guru. Hmm.. Patut la saya tengok anak makcik tu mengada dan gedik semacam jer..


Kalau makcik tu tak sound aku, rasanya aku takde la semarah ini..



Takde masa aku nak tapis N3 ne..

Tiada ulasan: