Isnin, 7 Mac 2011

Ibuuu..err..eh..cikguuu..!


Terkesima sekejap aku! Yes, betul terkesima. Err, terkesima tu hape yek..? Jap, nak cari dalam kamus dewan edisi keempat. (sambil menekan2 butang kamus elektronik..) ooo..terkesima tu bermaksud tercengang, termangu- mangu, hilang akal. Err, hilang akal tu takde la kot. Tapi termangu- mangu tu mungkin.. (Sengaja nak buat pendahuluan banyak2.. huhu..) 

Sebenarnya, ada anak murid aku tersasul memanggil aku dengan panggilan ibu. "Ibuuu..nak nasik..eh..cikgu nak nasik..." Er.. bangga jugaklah. Kelakar pun ader. Pastu siap kena ejek ngan kawan dia lagi sebab panggil cikgu dengan panggilan cenggitu. Huhuhu.. sebelum ne aku dah pernah dipanggil dengan panggilan seperti itu spt mama, mak dsbnya. Takpelah panggil la ape2 pun. Jangan panggil dengan panggilan yang tak sepatutnya sudahlah. Yang pasti; nyata, sebenarnya aku tua sudaa.. sebab dah punya anak2.. Anak2 murid aku pun panggil aku ngan panggilan mak bukan kakak seperti dalam angan2 aku.. kehkehkeh..! Ngehngehngeh..aku sedar diri..

Sebenarnya lagi.. bukannya hape.. tadi aku membawa anak2 muridku ke MSSD di SMK Pertang. Penat menunggu sebenarnya. Terponggok ler aku dan cg.F di situ sambil blur semacam sebab belum pernah pergi ke acara seperti ini. Tapi ok la jugak. Berkat kesabaran kami berdua, berakhirnya hari ini dengan jayanya.

Anak2 murid aku (intan payung terjun) macam2 pesen perangainya. Rasanya kaya akak yang jual cekedis, kentang goreng dan air tu. Abes segala duit yang ada dorang g beli semuanya. Tu belum lagi yang wat aksi2 tersendiri kerana boring keapatah. "Cikgu, tadi saya nampak akak sekolah menengah tu wat aksi macam ne.." (sambil menayangkan aksi tertonggeng..) Sampai kena gelak ngan cikgu2 sekolah menengah. Hahaha. Macam2 hal. 


Juga aksi2 seperti gambar di bawah..

Aksi pertama..
Aksi kedua..

cg.F lak tensen semacam terutamanya dengan pentadbiran dan urusetia. Sabar ye cg.F. Banyak2 la kita belajar mana yang patut.

Berakhirnya hari ini dengan K.E.P.E.N.A.T.A.N


Esok bermula lagi untuk hari kedua. Ntah ape lagi yang intan payung terjun nak lakukan esok..!

Tiada ulasan: