Khamis, 8 April 2010

Hari Aku blur..!

Semenjak dari pagi lagi aku dah rasa blur.. memula sampai bilik guru aku malas nak layan perasaan blur aku tu.. aku wat dunno jer.. Aku siapkan apa yang patut sebelum memulakan kelas.

Pepagi lagi aku rasa macam nak g nengok bebudak kelasku bertugas ke tak. So, aku pergi lah. hmm, nasib baik dorang dah siap bertugas. Namun aku agak kurang berpuas hati melihat prangai dorang yang agak mengada2 tuh bila aku datang.. tu yang aku malas nak gi nengok tu. Bese la bebudak ne.. pantang aku manja2kan sket..mula la nak menggedik ngan cikgu.. (awak ingat awak suka sangat kat saya..!!- ayat ne tak de kena mengena) Aku suruh dorang yang tak bertugas tu gi tempat perhimpunan..
Errm, balik bilik guru aku termenung kat tempat duduk aku. Blur lagi.. aku amik relief kelas 4J yang nak berPJ pagi tuh.

Pas dorang abes PJ aku masuk bilik guru dan tel En. TG. Sajer jer aku nak mengadu masalah disiplin bilik darjah 5B kat dia. Pas bercakap aku rasa macam nak nangis jer. Sbnrnya, aku dah nangis pun. Dia cakap ngajar la lek lok. If tak paham tanya la guru2 yang berpengalaman kat sek tuh. Aku tensen dan stress plak dengan kelas 5B tu. Terkadang aku dah tak tahan dengan kemarahan aku sendiri. Aku dah jadi seorang guru yang suka memekik2 plak kat anak murid. Aku semacam tak suka dengan perbuatan aku itu.. ho-ho. Dan tadi aku masuk kelas 5B aku menyatakan hasrat hatiku kat dorang supaya dngr segala arahan aku. “Hari2 sebelum cikgu masuk kelas kamu cikgu pasti akan berharap dan berdoa agar cikgu tak marah2 kamu semua. Tetapi nampaknya hasrat hati cikgu tak berkesampaianlah..” Dorang senyap jer.. Harapan aku menggunung tinggi agar dorang memahami...biar lah..!


Ptg ne plak aku ke K.Klwng.. ermm nak siapkan borang2 pengesahan jawatan aku ler.. Abg Naim dah tanya bila lar aku nak mensetelkan borang tersebut. Tak penah2 kena angkat sumpah waktu nak sain borang sumpah. Tetiba hari ni aku kena baca seluruh teks angkat sumpah tu.. hadoi la.. dalam hati gelak sakan aku.. aku baca macam aku baca petikan karangan dalam kelas 5B..hehehe.. dulu aku g sain borang akuan sumpah kat pensuruhjaya sumpah kat tempat aku xde lak cenggini.. huhu.. lain tempat lain cara…


Pastu kenkonon nak wat medical checkup.. tetapi ampes betul.. aku lak yang spoil dan BLUR… aku pegi tertinggal plak i/c dalam kete. Pastu dah la dah pukul 4. Ndoh sompek nak buek lagi doh!! Makcik misi tu kata esok je la cikgu.. malu betul kat makcik misi tuh! Aku dengan muka blur dan malunya terus keluar dari spital tuh..apo nak jadi ne haa!!


Hari nie memang hari blur aku..


Tiada ulasan: