Pada pendapat aku dia seorang murid yang agak nakal dalam kelas 5B tu. Dia seorang yang sangat aktif dalam sukan. Sebenarnya aku sebagai seorang guru tidak lansung mahu menghalang kegiatannya menjadi seorang atlet yang berjaya. Dia pun memang suka bermain di padang.
Bila di kelas dan mulai belajar di depan papan putih tu, dia seolah hilang minat. Suka berangan dan agak sukar untuk menumpukan perhatian. Aku tahu minatnya bukan di situ. Minatnya hanya di padang..
Cuma satu jer yang paling aku harapkan agar dia juga berjaya dalam bidang akademik. Aku nak dia juga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dia dah seperti anak aku. Aku harap dia akan sedar akan segala yang aku lakukan ke atas dia dan murid2 ku yang lain. Apa pun aku sentiasa berdoa agar apa yang aku ajarkan kepada dia, masuk dalam kepala..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan