Aku marah kerana mereka..
Semenjak menjadi seorang cikgi ne.. aku dah pandai marah semahu- mahunya. Aku dah pandai melepaskan kemarahan aku kepada mereka. Aku dah pandai melaung- laung.. Aku dah pandai membebal membebel.. Aku dah pandai denda- denda mereka.. Aku dah pandai jerkah- jerkah..
Haiyok! Ape nak jadi dengan aku ne..
Kadang- kadang aku cuba untuk tidak marah dorang.. tapi akhirnya, aku akan tetap memarahi dorang jugak..
Kadang- kadang aku cuba untuk tidak membebel kat dorang.. tapi akhirnya, aku akan tetap membebel kat dorang jugak..
Kadang- kadang aku cuba untuk tidak jerkah dorang.. tapi akhirnya, aku akan tetap menjerkah dorang jugak..
Kadang- kadang aku cuba untuk tidak denda dorang.. tapi akhirnya, aku akan tetap denda dorang jugak..
Salah aku ke..?
Sebenarnya, tujuan aku jadi sebegitu sebab aku sayangkan dorang.. aku nak dorang siapkan kerja..aku nak dorang jangan merepek kat kelas aku.. aku nak dorang dengar dengan baik segala pengajaran aku supaya mereka akan faham dengan jayanya..
Tadi kat kelas 5B, aku bengang betul bila aku bercakap kat depan, diorang bercakap2 pulak kat belakang.. Setiap kali masuk kelas dorang, kerja pertama aku selepas dorang bagi salam dan baca doa adalah meng'check' kerja sekolah yang aku bagi semalam.. dan setiap kali aku check, ada separuh daripada murid kelas tu yang tak siap kerja yang aku bagi.. Mengamuk la aku.. Pastu siap bagi alasan yang menipu dan tak logik kat aku.. mana aku tak mengamuk... Maka melaung2 la aku kat dorang pada pagi Rabu yang indah tersebut.. Maka P & P aku berlansung selepas setengah jam aku membebel dan mendenda dorang..
Dah tu bila pulak yang diorang nak belajar tajuk hari tu? Dan berapa lama sangat masa yang aku ada untuk aku mengajar diorang.. Pening aku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan