Andainya engkau tahu perasaan ini,
Ku kan pasti kaumengerti..
Menangis sendiri…
(err..lirik lagu kenangan cinta- 4U2C)
Aku hadiahkan lirik lagu tersebut kepada anak2 murid ku yang bermacam2 pesen tersebut. Agak2nya dorang tau ke perasaan ku yang sebenarnya terhadap dorang...aku sebenarnya dah mulai mencintai mencintai bidang keguruan ini. Dan sebenar aku dah semakin sayang dan cinta dengan anak2 murid aku tuh. Dalam bidang inilah aku belajar bagaimana untuk belajar memanusiakan seorang manusia. Guru lah yang bakal mencorak anak muridnya selain ibu bapanya di rumah.
Kekadang aku memang gagal mengawal perasaan marah terutamanya bila berlakunya disiplin bilik darjah. Bukannya apa.. Murid2 aku tu pulak bukan main excited sekali bila cikgu baru yang comei semacam aku (err..comei ke?..kehkehkeh) mengajar mereka. Pada pendapat aku diorang semacam inginkan perhatian daripada guru2 mereka yang comei tersebut. Mereka nak diri mereka diingati. Mereka nak nama mereka disebut2 oleh guru. Aku pun sebenarnya lebih suka jika anak murid aku ne aktif di dalam kelas. Cuma biarlah bertempat. Keadaan disiplin bilik darjah yang sukar dikawal menyebabkan aku semacam mahu melolong. Dan sekiranya mereka semua sukar dikawal, ianya menjadi satu 'kerugian' yang besar buat aku. Dan juga sekiranya, mereka tak dapat menerima pengajaran aku, itu merupakan satu kesilapan yang besar aku. namun, aku tetap akan berusaha supaya dorang ne paham dengan setiap pengajaran aku..
Harapan aku cuma satu, aku nak tengok dorang berjaya di masa akan datang. Malah diorang akan lebih berjaya daripada cikgu mien dorang ne..
Aku berharap diorang paham. aku di sini adalah untuk diorang...
1 ulasan:
Harap2 diorang paham..
Catat Ulasan