Rabu, 14 April 2010

Hilang taman dalam hati



'' Aku susah nk menyintai org,tetapi aku senang nk syg org " wanabeb!!
Cintaku tdk b'musim unt b'bunga lagi!! Pls,jgn duga atyku.Biarkan atyku b'bunga sndri bkn t'paksa.



Malam ne seorang daripada kawan FB aku mentulis ayat tersebut kat dinding FB beliau. Erk.. macam terkena- mengena plak ngan aku..hehehe.. Aku pun balas lah yang aku suka dengan ayat beliau. Dia pun balas lik, kata if nak sila lah amik ayat tersebut.. maka berbalas- balas msg lah kami di dinding FB beliau.. kehkeh..sampai aku dah malas dah nak layan jiwang2 dia..



Errmm, sebenarnya berdasarkan ayat tersebut aku semacam ‘rasa’ dengan ayat tu. Aku memang susah nak cinta orang. Tetapi aku memang mudah nak sayang seseorang tu. Aku jiwang ke? Errmm entahlah.. orang sekeliling yang menilai.. Yang pasti, itulah aku. Aku akan rasa sayang bila aku dah sayang. Itu la yang berlaku dalam hidup aku. Dan itu jugalah yang membuatkan aku mudah kecewa.. ish sakitnya bila kecewa. Dan bila kecewa, aku sukar untuk pulihkan hati. Dulu, kak G der cakap.. lepaskan lah pergi semua kisah sewdih tu. Jangan ingat2 kan lagi. Sedia terima yang baru. Tapi.. tu la, aku susah sket.. aku jadi kurang percaya dengan semua yang hadir tu.. aku jadi ragu2 plak..



Biarlah aku pikirkan lagi di masa yang akan datang plak..



Sekarang ne.. cinta aku cuma untuk anak2 murid aku.



Afiq....!?


Pada pendapat aku dia seorang murid yang agak nakal dalam kelas 5B tu. Dia seorang yang sangat aktif dalam sukan. Sebenarnya aku sebagai seorang guru tidak lansung mahu menghalang kegiatannya menjadi seorang atlet yang berjaya. Dia pun memang suka bermain di padang.
Bila di kelas dan mulai belajar di depan papan putih tu, dia seolah hilang minat. Suka berangan dan agak sukar untuk menumpukan perhatian. Aku tahu minatnya bukan di situ. Minatnya hanya di padang..
Cuma satu jer yang paling aku harapkan agar dia juga berjaya dalam bidang akademik. Aku nak dia juga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dia dah seperti anak aku. Aku harap dia akan sedar akan segala yang aku lakukan ke atas dia dan murid2 ku yang lain. Apa pun aku sentiasa berdoa agar apa yang aku ajarkan kepada dia, masuk dalam kepala..

Selasa, 13 April 2010

Dear anak murid cikgu yang tersayang intan payung terjun

Andainya engkau tahu perasaan ini,

Ku kan pasti kaumengerti..

Menangis sendiri…

(err..lirik lagu kenangan cinta- 4U2C)

Aku hadiahkan lirik lagu tersebut kepada anak2 murid ku yang bermacam2 pesen tersebut. Agak2nya dorang tau ke perasaan ku yang sebenarnya terhadap dorang...aku sebenarnya dah mulai mencintai mencintai bidang keguruan ini. Dan sebenar aku dah semakin sayang dan cinta dengan anak2 murid aku tuh. Dalam bidang inilah aku belajar bagaimana untuk belajar memanusiakan seorang manusia. Guru lah yang bakal mencorak anak muridnya selain ibu bapanya di rumah.
Kekadang aku memang gagal mengawal perasaan marah terutamanya bila berlakunya disiplin bilik darjah. Bukannya apa.. Murid2 aku tu pulak bukan main excited sekali bila cikgu baru yang comei semacam aku (err..comei ke?..kehkehkeh) mengajar mereka. Pada pendapat aku diorang semacam inginkan perhatian daripada guru2 mereka yang comei tersebut. Mereka nak diri mereka diingati. Mereka nak nama mereka disebut2 oleh guru. Aku pun sebenarnya lebih suka jika anak murid aku ne aktif di dalam kelas. Cuma biarlah bertempat. Keadaan disiplin bilik darjah yang sukar dikawal menyebabkan aku semacam mahu melolong. Dan sekiranya mereka semua sukar dikawal, ianya menjadi satu 'kerugian' yang besar buat aku. Dan juga sekiranya, mereka tak dapat menerima pengajaran aku, itu merupakan satu kesilapan yang besar aku. namun, aku tetap akan berusaha supaya dorang ne paham dengan setiap pengajaran aku..
Harapan aku cuma satu, aku nak tengok dorang berjaya di masa akan datang. Malah diorang akan lebih berjaya daripada cikgu mien dorang ne..
Aku berharap diorang paham. aku di sini adalah untuk diorang...

Blog..

Dulu aku ade sebuah blog. Blog aku tu aku letak namanya 'workshopgirl'


Aku suka sangat ngan blog aku tuh. Tetapi lelama aku malas nak update. Tetiba aku buat plak sebuah lagi blog guna blogspot.. ntah la aku semacam tak berapa suka dengan function yang ader dalam wordpress tuh.. tapi aku tetap sayangkan blog tuh.. aku semacam nak jer bawak semua yang ader dalam blog tuh ke dalam blog aku yang baru ne. tapi tak reti la plak..

Jumaat, 9 April 2010

Hupdet..

Hajat di hati nak update diary cyber a.k.a blog ne.. tapi macam malas plak nak garap cerita..



Cerita pasal murid 5B yang tersayang, intan payung terjun tuu, memang banyak yang aku nak cerita..tapi macam tak dak mood saje sebab penat berjalan petang tadi di bandar Bahau..


Ermmm...besok nak ikut jiran2 umah aku ne g kenduri kawin anak kak Noriah kat Port Dickson.. Hmm, best gak bila dapat ikut. Bleh nengok bagaimana kenduri kawin kat N9 ne..


Khamis, 8 April 2010

Hari Aku blur..!

Semenjak dari pagi lagi aku dah rasa blur.. memula sampai bilik guru aku malas nak layan perasaan blur aku tu.. aku wat dunno jer.. Aku siapkan apa yang patut sebelum memulakan kelas.

Pepagi lagi aku rasa macam nak g nengok bebudak kelasku bertugas ke tak. So, aku pergi lah. hmm, nasib baik dorang dah siap bertugas. Namun aku agak kurang berpuas hati melihat prangai dorang yang agak mengada2 tuh bila aku datang.. tu yang aku malas nak gi nengok tu. Bese la bebudak ne.. pantang aku manja2kan sket..mula la nak menggedik ngan cikgu.. (awak ingat awak suka sangat kat saya..!!- ayat ne tak de kena mengena) Aku suruh dorang yang tak bertugas tu gi tempat perhimpunan..
Errm, balik bilik guru aku termenung kat tempat duduk aku. Blur lagi.. aku amik relief kelas 4J yang nak berPJ pagi tuh.

Pas dorang abes PJ aku masuk bilik guru dan tel En. TG. Sajer jer aku nak mengadu masalah disiplin bilik darjah 5B kat dia. Pas bercakap aku rasa macam nak nangis jer. Sbnrnya, aku dah nangis pun. Dia cakap ngajar la lek lok. If tak paham tanya la guru2 yang berpengalaman kat sek tuh. Aku tensen dan stress plak dengan kelas 5B tu. Terkadang aku dah tak tahan dengan kemarahan aku sendiri. Aku dah jadi seorang guru yang suka memekik2 plak kat anak murid. Aku semacam tak suka dengan perbuatan aku itu.. ho-ho. Dan tadi aku masuk kelas 5B aku menyatakan hasrat hatiku kat dorang supaya dngr segala arahan aku. “Hari2 sebelum cikgu masuk kelas kamu cikgu pasti akan berharap dan berdoa agar cikgu tak marah2 kamu semua. Tetapi nampaknya hasrat hati cikgu tak berkesampaianlah..” Dorang senyap jer.. Harapan aku menggunung tinggi agar dorang memahami...biar lah..!


Ptg ne plak aku ke K.Klwng.. ermm nak siapkan borang2 pengesahan jawatan aku ler.. Abg Naim dah tanya bila lar aku nak mensetelkan borang tersebut. Tak penah2 kena angkat sumpah waktu nak sain borang sumpah. Tetiba hari ni aku kena baca seluruh teks angkat sumpah tu.. hadoi la.. dalam hati gelak sakan aku.. aku baca macam aku baca petikan karangan dalam kelas 5B..hehehe.. dulu aku g sain borang akuan sumpah kat pensuruhjaya sumpah kat tempat aku xde lak cenggini.. huhu.. lain tempat lain cara…


Pastu kenkonon nak wat medical checkup.. tetapi ampes betul.. aku lak yang spoil dan BLUR… aku pegi tertinggal plak i/c dalam kete. Pastu dah la dah pukul 4. Ndoh sompek nak buek lagi doh!! Makcik misi tu kata esok je la cikgu.. malu betul kat makcik misi tuh! Aku dengan muka blur dan malunya terus keluar dari spital tuh..apo nak jadi ne haa!!


Hari nie memang hari blur aku..


Rabu, 7 April 2010

Aku marah..!

Aku marah kerana mereka..

Semenjak menjadi seorang cikgi ne.. aku dah pandai marah semahu- mahunya. Aku dah pandai melepaskan kemarahan aku kepada mereka. Aku dah pandai melaung- laung.. Aku dah pandai membebal membebel.. Aku dah pandai denda- denda mereka.. Aku dah pandai jerkah- jerkah..

Haiyok! Ape nak jadi dengan aku ne..

Kadang- kadang aku cuba untuk tidak marah dorang.. tapi akhirnya, aku akan tetap memarahi dorang jugak..
Kadang- kadang aku cuba untuk tidak membebel kat dorang.. tapi akhirnya, aku akan tetap membebel kat dorang jugak..
Kadang- kadang aku cuba untuk tidak jerkah dorang.. tapi akhirnya, aku akan tetap menjerkah dorang jugak..
Kadang- kadang aku cuba untuk tidak denda dorang.. tapi akhirnya, aku akan tetap denda dorang jugak..
Salah aku ke..?

Sebenarnya, tujuan aku jadi sebegitu sebab aku sayangkan dorang.. aku nak dorang siapkan kerja..aku nak dorang jangan merepek kat kelas aku.. aku nak dorang dengar dengan baik segala pengajaran aku supaya mereka akan faham dengan jayanya..

Tadi kat kelas 5B, aku bengang betul bila aku bercakap kat depan, diorang bercakap2 pulak kat belakang.. Setiap kali masuk kelas dorang, kerja pertama aku selepas dorang bagi salam dan baca doa adalah meng'check' kerja sekolah yang aku bagi semalam.. dan setiap kali aku check, ada separuh daripada murid kelas tu yang tak siap kerja yang aku bagi.. Mengamuk la aku.. Pastu siap bagi alasan yang menipu dan tak logik kat aku.. mana aku tak mengamuk... Maka melaung2 la aku kat dorang pada pagi Rabu yang indah tersebut.. Maka P & P aku berlansung selepas setengah jam aku membebel dan mendenda dorang..

Dah tu bila pulak yang diorang nak belajar tajuk hari tu? Dan berapa lama sangat masa yang aku ada untuk aku mengajar diorang.. Pening aku..