Sabtu, 22 Januari 2011

IMPIAN..


Sekarang ne aku dah memandu sendiri. Alhamdulillah rezeki nak beli kereta. Aku suka sangat. Walaupun kereta tu second hand. Tapi I like. Actually, kereta tu akak aku yang punya. Erm, my brother in law yang beli atas nama akak aku. Oleh kerana dah berlambak kereta dia kat rumah sampai tak cukup tempat parkir, dia offer la kat aku.

Aku suka kereta ne. Walaupun dua pintu. Tapi best. Sebab Nampak sporty jer. Mak aku cakap ne kereta kedekut sebab dua orang je leh naik. Huhuhu.. tapi aku exited sangat bukan sebab kereta tu sangat. Tapi sebab aku dah ada lesen memandu. Tu yang exited tu.  Masa memula drive tu memang takut. Bukannya apa, aku ne memang mudah cemas sket. Erm, kekadang kelam kabut jugak. Harap aku boleh ubah sikap kelam kabut aku tuh.. InsyAllah..

Sekarang nie, impian aku dah tercapai. Erm, sebenarnya aku ada tulis semua impian aku tuh dalam diary.
  1. Pendidikan. Aku ada impian nak sambung belajar ke peringkat yang tertinggi selagi aku mampu. Dulu cikgu aku ada cakap. Pendidikan ne bukan hanya habis setelah kita mendapat kerja tetapi hingga akhir nyawa. Dan aku kini telah memilik segulung ijazah. ALHAMDULILLAH. Syukur. Kalau dulu masa dapat keputusan SPM aku nangis jugak bila semua kengkawan dapat result yang best, tetapi aku kurang best. Dan aku jugak sedih bila kawan2 seangkatan masa SPM telah berangkat ke alam U, tetapi aku masih di sekolah; meneruskan perjuangan untuk memiliki sijil STPM. Berkat kesabaran dan kesungguhan aku akhirnya mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan terakhir di sekolah. Memang dah rezeki agaknya. ALHAMDULILLAH. Syukur. Dan kini aku masih menyimpan hasrat untuk menyambung pengajianku ke peringkat Master. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah..
  2. Pekerjaan. Alhamdulillah. Aku dah ada pekerjaan yang tetap. Dan juga miliki wang gaji hasil daripada pekerjaan aku ni. Kalau masa aku tulis impian dulu aku tak konpem nak pilih bidang yang mana. Macam- macam aku senaraikan termasuklah pegawai, guru, kerani, dll. Juga aku senaraikan aku akan bekerja di sektor swasta. Dan akhirnya, ALHAMDULILLAH. Syukur pada Allah. Dia tetapkan aku menjadi seorang guru. Seperti mana cita- cita aku waktu kecik dulu. Dan sebenarnya, aku masih menyimpan hasrat ke arah cita2 kedua aku iaitu untuk menjadi seorang pensyarah. InsyaAllah, kalau diizinkan..
  3. Harta. Aku ada impian untuk kumpul harta ect kereta, rumah, wang.. Dan aku senaraikan impian aku nak memiliki kereta; paling koman pun nak beli MyVi sebijik. Tapi takpelah kira impian dah jadi kenyataan lah sebab aku dah miliki Satria Neo yang best. Sehingga kini aku masih menyimpan hasrat nak memiliki rumah sendiri. InsyaAllah, kalau diizinkan..
  4. Famili. Masih memiliki impian nak bina famili sendiri. Maksudnya berkahwin ler. Erm, Jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. InsyaAllah, kita merancang Allah yang menentukannya.
Dan, sebenarnya masih banyak impian yang aku senaraikan dalam diari aku ne. seperti:
·         Melancong ke Korea. Hmm, entahlah myb time tu aku teringin sangat nak pergi sana. Aku pun dah lupa. Bila baca balik diari lama baru tau impian nie.
·         Buat kerja sosial dan kerja amal.
·         Erm, lawak la aku ne. Ade jugak impian aku nak bayar semua hutang ngan PTPTN. Hahaha.. layan je lah..
·         Rasanya yang paling penting sekali; Tolong mak ayah dan family.

Dan yang paling sangat penting sekali matlamat ukhrawi iaitu kumpul amalan banyak.. Ya Allah, tolong lah hamba-Mu ini.. Amin

Juga aku de tulis di akhir kertas matlamat aku tu.. Just my angan- angan + Matlamat

Alhamdulillah. Kiranya ape yang aku impikan akhirnya aku dapat walau pun ada yang masih dalam perancangan. Kira ok la tu.

TERIMA KASIH ya Allah..

Erm, sebenarnya suka la baca balik diary lama- lama ne. Teringat kisah dulu- dulu. Buat aku ketawa dan sengih sorang- sorang..

Isnin, 17 Januari 2011

Biarlah aku begini..


Tolong ingatkan aku..Kisah kau... Lagu Anna Rafali menang. Tahniah Cik Anna. Erm, saya pun suka mendengar lagu tersebut.. huhu.. Bait2 ayat dalam lagu tu memang sangat puitis..

Kisah aku dan dia? Bila fikir2 balik. Erm, tak yah lah ingatkan semulala.. xpe saya tak kisah pun. Lagi pun semua kisah dulu sangat tidak best. Buat ape nak ingat semulakan..? Tapi yang best tak pe..

Mak dah tanya dengan ayat soal. Bila nak ada apa2? Aku jawab dengan ayat penyata yang tak sudah, erm.. bila2.. Hehe.. Bukan nak permainkan mak. Cuma aku fikirkan banyak aspek terutamanya family. Memang la yang bina hidup tu aku bukan mak or family. Tapi semua tu kan berkaitan. Dan rasanya tak salah bila aku turut memikirkan family bila nak kaitkan masa depan aku. Sebab apa? Sebab apa2 yang berlaku nanti semua akan kembali semula kepada family. (**Perenggan ini tiada kaitan dengan perenggan di atas**)

Dan berbalik semula kedapa kepada tajuk.. Rasanya biarlah aku begini. Erm, bukannya suka suki nak hidup tak berteman. Cuma beringat. Kisah dulu2 memang sangat mendukacitakan. Tak sedap lansung. Bukankah tahun ini telah berazam untuk membuka lembaran baru. Dan rasanya agak sukar nak terima sape2 dalam hati ini. Buat masa ini nak beri tumpuan dulu pada intan payung terjun dan bidang keguruan ini. Bukan tak nak fikir masa depan. Cuma malas nak semakkan pale otak ini dengan perkara2 yang semak. Sebab nanti bersemak plak kepala otak saya yang dah sedia semak. Eh! Hamende plak yang aku tulis ne..

Kosa kata hari ini: semak **Peringatan** sila rujuk kamus dewan. Jangan terpengaruh dengan n3 ini.


Akhir kata, jangan pening- pening kepala..

Jangan la gelak kat saya..

Sekali lagi diulang jangan la gelakkan saya.. 


Sebab? 


Tanya saya sebab? 


Kejap! Haha.. Saya baru jer mendapat lesen memandu.. 


Haha.. saya gelakkan diri saya sendiri tak pe. Sebenarnya saya suka sangat akhirnya saya berjaya.


Alhamdulillah..


Nak nyanyi lagu Maher Zain sekarang..

Anda semua kalau nak gelak, gelak time saya takde ok..

Rabu, 12 Januari 2011

Cerita Tahun baru yang tak berapa nak baru.. layan je lah

Tahun yang memang banyak cabaran..


Tahun ne aku plak memegang ‘tampuk’ makmal ict kat sekolah. Haiyoo..! Mari menambahkan pengalaman..! (kling…kling... bunyi loceng eskrem) Erm, sebenarnya.. agak sukar aku nak mulakan pengurusan mana yang dulu.. rasa macam tak tau nak bikin mana satu. Plak tu nak duk dalam makmal komputer yang besoor gitu dan penuh dengan segala macan macam peralatan komputer tu. Memang la best ader ekon.. tapi.. sukar untuk dijelaskan di sini. Namun, disebabkan GB telah memberi sepenuh kepercayaan. So, layan je lah.. buat mana yang termampu. Tanya mana yang patut. Siapkan mana yang perlu.


Dan tahun ini aku tidak lagi memegang pentadbiran mana2 kelas. Tak yah nak isi jadual kedatangan pada hari2 persekolahan. Hehe.. namun aku sedikit keciwa la sebab rasa macam best jer jadi guru kelas. Namun... tiada rezeki untuk tahun ne.


Buat kesekian kalinya, aku masih mengajar subjek BM. Masih banyak yang perlu aku belajar dan mendalami subjek ini sama ada dari segi isi kandungan pelajaran mahupun kaedah pengajaran dalam bilik darjah. Wahai kawan2 guru sekalian, tolonglah beri saya tunjuk ajar.. GPK 1 telah memberi kepada aku 2 kelas untuk diajar. 5 Jauhari dan 4 Bestari seperti mana yang dibincangkan oleh ahli2 panitia pada tahun lepas. Rasanya ok la kot. Perangai intan payung 5 Jauhari aku dah paham dah paham dah kecuali bagi mereka2 yang baru masuk. Erm, setakat ne masih lagi mengada2 ngan aku. Jaga nanti..! Harapan aku semoga ada sinar FM perubahan dalam diri dorang untuk menempuh UPSR pada tahun hadapan.


Selain daripada mengajar BM, aku juga dikehendaki mengajar subjek minor yang lain seperti Pen. Sivik dan Kewarganegaraan, Pen. Seni Visual, dan Pen. Muzik. Rasanya tiada masalah kot. Dan setakat 2 minggu ne memang ok sahaja PnP aku. PSK memang aku suka sangat sebab subjek tu kan opsyen aku.. Yeah! I like banyak2.. Kalau GPK aku nak bagi semua subjek PSK tahun 4 dan 5 pun aku suka. Ye la kan, dah opsyen kita. Memang la suka secara banyak! Erm, PSV pun sama. Minor opsyen aku. Suka jugak. Walaupun masih banyak yang perlu belajar. Dan seterusnya, Muzik. Aku layan je lah mengajar muzik tahun 2 tuh. Sib baik kelas 2 jauhari tu ok. So setakat ne tiada masalah bagi aku untuk handle.


Akhir sekali, sedikit kecewa jugak sebab tak dapat ajar Kajian Tempatan. Namun, hanya simpan dalam hati!



**tiada masa mahu mengkalerkan n3 kaler2, belasah jelah kaler kuning..


N


Selasa, 11 Januari 2011

Darling..intan..payung..

Dengan ini dipersembahkan.. anak2 buah aku..




Sekian sahaja buat masa ini..

Sabtu, 1 Januari 2011

Bukan bermaksud..

***Peringatan; Sebenarnya.. n3 ini dikarang oleh penulis pada 26hb Oktober 2010. Akibat kesilapan teknikal dan kemalasan sosial n3 ini berjaya juga dikeluarkan pada hari ini..
Sila jangan konfius...

Ya Allah, sudah lama tidak memblog.. 

Erm, sengaja mencutikan diri dari memblog.

Sebenarnya masalah utama ialah penykit M datang melanda di samping pelbagai alasan lain sehingga menyebabkan blog terbengkalai. 

Bukan bermaksud saya sudah mahu pencen memblog. Cuma tiada masa.

Hari ini, 26 haribulan Oktober bersamaan dengan hari Rabu, saya kembali memblog. InsyAllah. Kalau tiada penyakit M akan memblog seperti biasa.

Sebab2 dah lama tak memblog:
  • Penyakit M.
  • Penyakit M
  • Penyakit M
  • Jalur Lebar yang dah lama tak bayar. Asik nak harapkan wireless skul yang kekadang kureng memuaskan..
  • Bizi dengan kerja yang tak sudah- sudah.
  • Bizi dengan anak murid.
  • Lately, bila penat fizikal dan mental, saya lebih suka menghabiskan diri dengan tidur.  Itulah rutin saya semenjak dua tiga menjak ne..
  • Alasan- alasan lain yang tidak dapat dinyatakan di sini..
  • Sama seperti tiga alasan pertama. (rujuk di atas)
Tak patut la n3 ni bertajuk sedemikian. Baik aku tukar jer tajuk dia jadi tajuk; penyakit M datang melanda…

2011 sudaa..

Salam..
Berakhirnya tahun 2010.. 
Apa sahaja yang berlaku pada tahun lepas.. sudah lepas.. 
Dan kini bermulalah cabaran baru.. misi baru.. 
Apa sahaja yang masih belum dicapai pada tahun sudah, aku harap dapat disudahkan dengan jayanya. 

Erm... 
Tugas sebagai guru... aku berharap semakin banyak pengalaman yang dapat ditimba.. 
Semoga dapat menempuh segala dugaan yang mendatang..
Semoga aku selalu kuat semangat dengan cabaran yang menimpa..
Semoga aku terus kuat demi anak- anak murid yang dahagakan ilmu pengetahuan..
dan.. Semoga aku banyak yang gembira daripada yang duka..
 INSYAALLAH..