Ahad, 2 Mei 2010

Psikologi kasih sayang

Aku sebenarnya masih lagi belajar bagaimana nak me-ngontrol disiplin bilik darjah dengan jayanya.



Antara masalah aku ialah:



• Cikgu bercakap, murid bercakap jugak kat belakang.



• Tidak mengambil perhatian semasa cikgu mengajar.



• Menjawab dengan jawapan yang mengarut2.



Aku bertanya kepada kawan- kawan seguruan aku. Bertanya kepada diorang cara bagaimanakah yang seharusnya guru- guru tersebut gunakan apabila menghadapai masalah disiplin bilik darjah. Pelbagai jawapan yang aku terima. Ada yang positif dan ada yang negatif.



Kenkonon aku cuba la rujuk kepada teori2 pembelajaran yang aku pernah belajar dulu. Dan aku dapati aku terlalu banyak memberi peneguhan negatif iaitu aku akan memarahi mereka sekiranya mereka tak siap kerja yang aku berikan. Kadangkala peneguhan negatif yang aku berikan ini member kesan yang buruk di mana apa yang penting bagi murid aku ialah siap. Tak kisahlah dia meniru atau membuat sambil lewa sahaja. Tetapi asalkan kerja yang diberi siap dan tidak dimarahi oleh aku. Erm, entahlah.. tak tau camner nak wat lagi..



Dan sekarang aku cuba terapkan psikologi kasih sayang plak di mana if dorang tak siap kerja atau x buat kerja dengan kemas aku tak sayang dan cinta kat dorang.. Alhamdulillah setakat ini success! Dorang pun lebih seronok, apatah lagi kalau aku dok cakap ‘CINTA’, ‘SAYANG’… aku suka dok ulang2 perkataan itu dalam kelas. “Kalau tak siap, tak CINTA lah macam ne..”



Err.. kalau asik aku dok ulang2 perkataan tu, ramai plak yang mengada2. Jadinya.. esok aku marah2 dorang. Lusa aku cinta balik. So, baik aku tak buat mende yang sama pada setiap P n P aku..



Tiada ulasan: