Beberapa hari yang lepas aku semacam terkejut dengan markah ujian bulanan anak2 murid aku yang hamper kesemuanya tidak mencapai target seperti yang dikehendaki.
Ape la nak jadi dengan bebudak ne. Salah aku ke? Sebab semua bebudak ne tak dapat nak jawab. Ade la beberapa orang yang menyalahkan guru bila markah anak2 mereka tidak bagus. Dikatakan guru tersebut tidak pandai mengajar sehingga menyebabkan gred pencapai murid merosot. Entahla, mungkin juga… Pada aku, aku dah beri semua yang aku ada untuk mengajar dorang. Hakikatnya, sekiranya mereka malas mengikuti apa yang aku ajarkan sudah tentulah markah mereka sedemikan rupa teruknya. Jangan mengada2 nak salahkan guru mengajar! Anak dorang yang malas belajar dan asyik bermain sampai lupa nak belajar; tetiba plak guru2 yang jadi mangsa dipersalahkan. Kalau betul cikgu tak pandai mengajar, mengapa hanya dua tiga kerat jer yang tak lulus dan selebihnya ok jer…
Murid tu kalau dah memang pakej lengkap; malas, kuat main, disiplin lemah, memang salah dia sendiri la. Cikgu punya la berhempas pulas nak meluluskan dia, dia plak yang tak nak, camner tuh? Pikir la sendiri..
Hakikatnya, jika murid tak lulus; if seseorang guru tu tak salah pun, dia akan tetap dipersalahkan juga.. Nak tak nak guru yang terpaksa memikul beban akibat daripada anak muridnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan