Alhamdulillah seperti yang telah aku katakan sebelum ini, aku dapat N9 sebagai tempat posting. Berjaya jugak segala penantian kami semua dengan keputusan yang diberikan.
Dulu, terdapat pelbagai rumes2 yang mengatakan mengenai posting ini..
Ada yang berkata: “..awak semua akan dipostingkan 16hb Dis 2009..”
Ada plak yang berkata: “..bakal dipostingkan sebelum 2010..”
dan ada juga yang berkata: “..takkan dipostingkan sehingga diberitahu..”
Ish, penantian itu satu penyeksaanlah.. Tapi ok jugak, dapat lepak kat umah a.k.a bercuti tengok tv. OK la ne, sekarang kami dah tau negeri mana kami akan ditempatkan. Cuma tak tau Daerah mana dan sekolah mana akan ditugaskan.. Aku Cuma berharap semuanya dapat berjalan dengan lancar nanti.
Dulu masa mintak posting, aku tak tahu nak mintak kat mana. Kalau mintak di Pahang, ish! Nanti kena mengajar kat tempat sendiri plak. Tentu boring! Aku jugak agak takut bila di ura2kan kami akan dipostingkan di pendalaman negeri seberang laut sana. Bukan takut, cuma bimbang tak dapat menjalankan tugas dengan sebaik2nya. Maklumlah lansung takde pengalaman berada di pendalaman. Bila mendengar cerita2 daripada pensyarah, ish! Macam seronok jer.. Dan sedikit sebanyak mengubah persepsi kami untuk dihantar ke sana. Dan aku redha, sekiranya aku ditempatkan di sana, InsyAllah.. aku boleh! Dan sekarang ne pun dalam hati aku sedikit kecewa er (20 peratus agak kecewalah) kerana tidak mendapat tempat di sana. Aku tak nak mintak di hantar ke sana. Tapi sekiranya ditempatkan di sana aku akan pergi! Sebab aku rasa pengalaman berada di sana tak sama dan tak akan dapat di mana2 pun.
Aku ditempatkan di Negeri Sembilan. Seperti dalam borang posting yang aku mintak! Ramai yang tanya, kenapa mintak sana? Kenapa tak mintak negeri sendiri? Susah tul soklan dorang ne.. ye la aku jawab la soklan korang tuh… err.. aku lebih suka korang bagi soklan dengan pilihan jawapan A, B, C.. hehehhe...
Kenapa tak mintak negeri sendiri?
• Boring.. nanti kena mengajar kat tempat sendiri.. nanti asik2 jumpa dengan orang yang sama. Nanti dorang boring tengok muka aku.
• Tak nak mintak negeri sendiri.. masa mintak dulu takut tak dapat..
Kenapa mintak posting kat sana?
• Sebab tak pernah pergi sana
• Sebab macam best jer gi sana. Bukan sebab menang Piala Malaysia.. gagagagaga..
• Sebab nak merantau cari pengalaman
• Sebab saje.. suka- suka hati..
Alah, nanti kalau dah boring hidup diperantauan, aku balik la ke negeri sendiri. Lagipun time bujang ne la aku nak merantau. Nak tengok negeri orang. Tak kan asik nak duk celah ketiak masam mak je..hehehe… tak rock la macam ne..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan