Tarikh 09.01.2009 – majlis perpisahan aku ngan warga LHDN. Pertama kali dan kali terakhir memberi ucapan kepada semua warga PPN. Rasanya macam baru semalam bekerja di sana. Sedih meninggalkan sahabat handai di LHDN Kuantan. Tinggalkan unit akaun, PPN PTK. Tinggalkan ‘keluarga PPN’. Tinggalkan siti, nina, yani, en. amin, kak za, kak ani, kak nora, kak rean, kak lah, kak ita, kak fazima, kak saedah, en. Wan, ilman, mie, izwan, asraf, dan err.. en Usop dan en. Mat.. Juga warga kerja LHDN tingkat 4, 5 dan 6. Sedih sebab banyak kenangan walaupun berada setahun lebih di sana. Sudah adat dan tiba masanya, aku pergi jua… huhuhuuu.. ceh emosi la plak.. tapi seday woo..
Pada tarikh 12.01.2009. Hadiah paling bermakna aku terima – diterima masuk ke IPGM KSM memasuki program KPLI setelah berkali- kali aku mintak (kalau tak salah.. 4 kali mintak baru dapat.. Alhamdulillah akhirnya..). Bemula era sebagai guru pelatih yang sangat mencabar. Err.. sebenarnya sebagai freshies dulu.. bukan sebagai guru pelatih lagi.. pakai baju kurung putih, tudung putih dan kain hitam selama seminggu. Kena buli ngan adik senior, tapi kitaorang buli balik.. isshh degil akak2 dan abg2 ne..err.. tido kat bilik tv secara berjemaah. Tido 2 jam sahaja.. catuan makan..
Berkenalan dengan ‘keluarga baru’ yang dinamakan keluarga KPLI KS – Duan, Mek Ani, As, Ji, Kak Linda, Mai, Kak Lini, Kak Tie, Kak Gee, Kak Ma, Mek Ja, Sab, Sara, Pok Jek, Memei, Nawi, Yus, Rizal, dan kemasukan batch yang kedua iaitu Kak Nani dan Wan.
Feb 2009 – Perkhemahan Unit Beruniform (Jambori Pengakap) di Kem Tebu View bersama- sama dengan ahli pengakap Maktab seluruh Pantai Timur.
Mac 2009 – Bina Insan Guru di Pantai Merang bersama- sama dengan kumpulan PJ1, PJ2, dan BI
May 2009 – Pendidikan Luar PJ Minor kat Pulau Perhentian
Sekitar gambar kenangan tuk thn ne..
SBE SK Pengkalan Nyireh
Aksi dalam kelas.. (masing2 dengan aksi poyos..)
Bukit Keluang The Story.. (Kisah kami berPJ..)
Beriani Daun Pisang.. (Nyum..nyum..teh tarik satu ya mamak..!)
Jamuan Hari Raya KS 2009 (makan lagi.. pilih la lemang, rendang atau pun nasik ayam.. huhuhu)
err.. Time aku berpraktikel di SKTAI, Kuala Berang..
Dan yang pastinya.. Alhamdulillah tahun ne memang mencabar sebagai seorang guru pelatih. Aku berjaya menempuh dengan jayanya. Aku sangat bersyukur dengan kejayaan kami semua. Kenangan tahun 2009 merupakan kenangan yang terbaik dalam list top 10 aku.. hahhaa..! Semoga aku berjaya dalam tahun 2010 sebagai seorang guru..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan