Khamis, 31 Disember 2009

Berakhirnya tahun 2009

Imbas kembali tahun 2009 ne..

Tarikh 09.01.2009 – majlis perpisahan aku ngan warga LHDN. Pertama kali dan kali terakhir memberi ucapan kepada semua warga PPN. Rasanya macam baru semalam bekerja di sana. Sedih meninggalkan sahabat handai di LHDN Kuantan. Tinggalkan unit akaun, PPN PTK. Tinggalkan ‘keluarga PPN’. Tinggalkan siti, nina, yani, en. amin, kak za, kak ani, kak nora, kak rean, kak lah, kak ita, kak fazima, kak saedah, en. Wan, ilman, mie, izwan, asraf, dan err.. en Usop dan en. Mat.. Juga warga kerja LHDN tingkat 4, 5 dan 6. Sedih sebab banyak kenangan walaupun berada setahun lebih di sana. Sudah adat dan tiba masanya, aku pergi jua… huhuhuuu.. ceh emosi la plak.. tapi seday woo..


Pada tarikh 12.01.2009. Hadiah paling bermakna aku terima – diterima masuk ke IPGM KSM memasuki program KPLI setelah berkali- kali aku mintak (kalau tak salah.. 4 kali mintak baru dapat.. Alhamdulillah akhirnya..). Bemula era sebagai guru pelatih yang sangat mencabar. Err.. sebenarnya sebagai freshies dulu.. bukan sebagai guru pelatih lagi.. pakai baju kurung putih, tudung putih dan kain hitam selama seminggu. Kena buli ngan adik senior, tapi kitaorang buli balik.. isshh degil akak2 dan abg2 ne..err.. tido kat bilik tv secara berjemaah. Tido 2 jam sahaja.. catuan makan..

Berkenalan dengan ‘keluarga baru’ yang dinamakan keluarga KPLI KS – Duan, Mek Ani, As, Ji, Kak Linda, Mai, Kak Lini, Kak Tie, Kak Gee, Kak Ma, Mek Ja, Sab, Sara, Pok Jek, Memei, Nawi, Yus, Rizal, dan kemasukan batch yang kedua iaitu Kak Nani dan Wan.

Feb 2009 – Perkhemahan Unit Beruniform (Jambori Pengakap) di Kem Tebu View bersama- sama dengan ahli pengakap Maktab seluruh Pantai Timur.


Mac 2009 – Bina Insan Guru di Pantai Merang bersama- sama dengan kumpulan PJ1, PJ2, dan BI


May 2009 – Pendidikan Luar PJ Minor kat Pulau Perhentian

Sekitar gambar kenangan tuk thn ne..
SBE SK Pengkalan Nyireh


Aksi dalam kelas.. (masing2 dengan aksi poyos..)


Bukit Keluang The Story.. (Kisah kami berPJ..)



Beriani Daun Pisang.. (Nyum..nyum..teh tarik satu ya mamak..!)



Jamuan Hari Raya KS 2009 (makan lagi.. pilih la lemang, rendang atau pun nasik ayam.. huhuhu)


err.. Time aku berpraktikel di SKTAI, Kuala Berang..


Dan yang pastinya.. Alhamdulillah tahun ne memang mencabar sebagai seorang guru pelatih. Aku berjaya menempuh dengan jayanya. Aku sangat bersyukur dengan kejayaan kami semua. Kenangan tahun 2009 merupakan kenangan yang terbaik dalam list top 10 aku.. hahhaa..! Semoga aku berjaya dalam tahun 2010 sebagai seorang guru..

Ahad, 27 Disember 2009

Cerita Posting

Alhamdulillah seperti yang telah aku katakan sebelum ini, aku dapat N9 sebagai tempat posting. Berjaya jugak segala penantian kami semua dengan keputusan yang diberikan.

Dulu, terdapat pelbagai rumes2 yang mengatakan mengenai posting ini..
Ada yang berkata: “..awak semua akan dipostingkan 16hb Dis 2009..”
Ada plak yang berkata: “..bakal dipostingkan sebelum 2010..”
dan ada juga yang berkata: “..takkan dipostingkan sehingga diberitahu..”

Ish, penantian itu satu penyeksaanlah.. Tapi ok jugak, dapat lepak kat umah a.k.a bercuti tengok tv. OK la ne, sekarang kami dah tau negeri mana kami akan ditempatkan. Cuma tak tau Daerah mana dan sekolah mana akan ditugaskan.. Aku Cuma berharap semuanya dapat berjalan dengan lancar nanti.

Dulu masa mintak posting, aku tak tahu nak mintak kat mana. Kalau mintak di Pahang, ish! Nanti kena mengajar kat tempat sendiri plak. Tentu boring! Aku jugak agak takut bila di ura2kan kami akan dipostingkan di pendalaman negeri seberang laut sana. Bukan takut, cuma bimbang tak dapat menjalankan tugas dengan sebaik2nya. Maklumlah lansung takde pengalaman berada di pendalaman. Bila mendengar cerita2 daripada pensyarah, ish! Macam seronok jer.. Dan sedikit sebanyak mengubah persepsi kami untuk dihantar ke sana. Dan aku redha, sekiranya aku ditempatkan di sana, InsyAllah.. aku boleh! Dan sekarang ne pun dalam hati aku sedikit kecewa er (20 peratus agak kecewalah) kerana tidak mendapat tempat di sana. Aku tak nak mintak di hantar ke sana. Tapi sekiranya ditempatkan di sana aku akan pergi! Sebab aku rasa pengalaman berada di sana tak sama dan tak akan dapat di mana2 pun.

Aku ditempatkan di Negeri Sembilan. Seperti dalam borang posting yang aku mintak! Ramai yang tanya, kenapa mintak sana? Kenapa tak mintak negeri sendiri? Susah tul soklan dorang ne.. ye la aku jawab la soklan korang tuh… err.. aku lebih suka korang bagi soklan dengan pilihan jawapan A, B, C.. hehehhe...

Kenapa tak mintak negeri sendiri?

• Boring.. nanti kena mengajar kat tempat sendiri.. nanti asik2 jumpa dengan orang yang sama. Nanti dorang boring tengok muka aku.

• Tak nak mintak negeri sendiri.. masa mintak dulu takut tak dapat..

Kenapa mintak posting kat sana?

• Sebab tak pernah pergi sana

• Sebab macam best jer gi sana. Bukan sebab menang Piala Malaysia.. gagagagaga..

• Sebab nak merantau cari pengalaman

• Sebab saje.. suka- suka hati..

Alah, nanti kalau dah boring hidup diperantauan, aku balik la ke negeri sendiri. Lagipun time bujang ne la aku nak merantau. Nak tengok negeri orang. Tak kan asik nak duk celah ketiak masam mak je..hehehe… tak rock la macam ne..


Result Pekse..

Alhamdulillah.. aku dah check result kat laman web IPG. Aku dapat Cemerlang. Ok la tu. Cuma result yang betul- betul akan dihantar kemudian nanti. So, sekarang ne aku tengah buat persiapan posting. Err, persediaan dari segi fizikal dan mental. InsyaAllah...

Jumaat, 25 Disember 2009

Forget laks..

Erkk.. suda lama tada n3.. Macam forget plak ade blog.. huhuhu..
Banyak yang nak publish tapi tada kesempatan..
Er, negeri posting dah kuar.. nun kat Negeri Sembilan nun..
Ok la tu.. memang aku teringin pun nak ke sana.. Alhamdulillah..!~

Sabtu, 5 Disember 2009

Dear kenangan pahit..



Hai kenangan pahit yang haprak..!

Harap anda tidak manis kerana sememangnya anda memang pahit.. bak kata pepatah manis macam gula, pahit macam makan hempedu ayang eh ayam!
(ewah.. bersimpulan bahasa plak..) dan tidak la nama anda kenangan pahit.

Saya juga (harap / tidak mengharapkan) anda sihat walafiat.
Saya berharap anda boleh ( stay / BERAMBUS ) dari hidup saya kerana saya tidak mahu lagi dibelenggu oleh anda..(huh! Marahnya aku.. kata2 kesat ne..)




Saya ingin meminta beberapa perkara di sini…
Boleh tak anda jangan cuba2 untuk melintas di hadapan saya biarpun di fikiran dan pale otak ini..? Bolehkah anda jangan cuba2 untuk membuatkan saya memikirkan anda? Bolehkah anda pergi buat selama2nya..? Bolehkah anda membuatkan supaya saya dan keluarga saya tidak terlibat dengan anda lagi..?


Saya juga ingin menyatakan bahawa..

Dun wori lah, saya dah maafkan semua yang telah anda buat kepada saya..Dun wori lah, saya akan melupakan anda..Dun wori lah, kita kan pernah menjadi kawan baik bersama- sama dengan kenangan manis..Dun worilah, saya relakan awak pergi..

Iya.. anda boleh pergi sekarang..

Babai

Ta ta

BERAMBUS..!

Get luuuuuuuss..!

Saya sangatlah berterima kasih jikalau anda boleh BERAMBUS dari hidup saya…

Lagi pun saya bukan lagi TIDAK CERDIK seperti dulu…

Sekian, di maklumkan..




Your truly,
Just me darling.. ahaks!

 

p/s oh! hai kenangan manis.. comel sungguh anda di sana.. huhuhu




Beberapa hari yang lepas...


Semenjak anak sedara aku yang dua orang tu ada..

laptop aku dah macam bukan hak milik aku lagi..

hmmm, iyer la.. dah jadi hak milik dorang..

kejap- kejap kang.. Makteh, Apis nak main Pet Racer jap..
kejap- kejap kang.. Makteh, Adik nak main game bola jap..
kejap- kejap kang.. Makteh, Apis nak main game masak
kejap- kejap kang.. Makteh.. game tu..
kejap- kejap kang.. Makteh.. game ne..

ok! dah.. biar Makteh plak yang main game..
Aku pun join dorang gak..
huhuhu..