Isnin, 28 Jun 2010

Aku yang dah lama tak memblog...

Hahaha..aku semacam terlupa yang aku mempunyai sebuah blog.. Maaf yer incik blog, saya terlupa sekejap kepada anda.. Tolong maafkan saya... Saya sangat menghargai anda dalam kehidupan saya.
Aku selepas cuti 2 minggu..

Erm, selepas cuti, aku kembali seperti biasa ke sekolah. Bekerja mencari rezeki untuk menampung kehidupanku sendiri kini. Biasa la hidup di perantauan, sendirian la diri ini, jauh dari keluarga. Ish, sedih plak! Ape yang aku merepek ne….?? kehkehkeh.. Feeling under plak.. sebenarnya aku semacam malas nak pulang semula ke perantauan, namun bila memikirkan orang ‘kesayangan aku’ di perantauan, aku pulang jua akhirnya. Ok saje sebenarnya! Hehehe, sebenarnya jadual aku dah sedikit ‘lari’ sehingga menyebabkan aku susah..hehehe susah nak bangun pagi..huhuhu.. Ape la nak jadi ngan anak dara ne.. Nasib baik la jadual harian aku dah semakin normal. Dan Alhamdulillah.. akhirnya aku dah kembali menjalani penghidupan perantauan ini sehingga n3 ini ditulis…
Aku dan Anak2 murid tersayang..

Er.. selapas cuti 2 minggu ne aku telah pun mempunyai azam yang baru iaitu cuba untuk control marah.. err, ‘anger management’ la konon! hehehe… harap2 azam aku tercapai sehingga ke akhir penggal persekolahan.. setakat ne aku tak de la nak marah dorang dengan sangatnya.. sikit2 tu ada la.. bese la kan.. insyaAllah semoga aku sentiasa bersemangat untuk mengajar dorang…

(,") azam selepas cuti: Erm... tak nak marah2 dah kat anak2 murid yang terSYG tuh...
(,") p/s utk anak2 murid tersebut: Tolong la biar azam cikgu mu ini terlaksana
Aku, diorang dan zapin..

Aku sangat seronok menengok bebudak ne menari zapin. Erm, sebenarnya cikgu yang mengajar zapin tersebut adalah cikgu izani, housemate aku. Tapi disebabkan dia cuti bersalin, so.. aku pun mendapat arahan supaya men’take over’ mengajar tarian tersebut kepada murid2 yang 10 orang tersebut. Nasib baik sebelum dia cuti bersalin, semua step bebudak ne dah pandai, Cuma nak practice supaya lebih perfect je lagi..hehehe.. so, aku pun enjoy la mengajar.. huhu, menemankan dorang practice je sebenarnya.. dah alhamdulillah, dorang dapat tempat ke-3.. ok la tu.. hehehehe.. seronok tul rasanya bila dorang menang walaupun tempat ke-3..yea, syabas!
Aku dan sambutan hari guru peringkat N9
Sambutan hari guru peringkat negeri Sembilan berlansung di padang MPNS. Seramai 15,000 guru berkumpul dari seluruh pelusuk N9. Hmm seronok menengok gelagat cikgu2 ne bila berkumpul. Malam tuh siap jemput Mawi World lagi... tapi aku balik awal sebab dah ngantuk... pada aku ok la jugak, walaupun sekolah kitaorang duk kat penghujung padang nuu.. dan lansung tak nampak pentas utama.. xpe lah, yang penting kitaorang datang...

Aku dan dia..
Biarlah masa yang menentukannya..



Tiada ulasan: