Selasa, 29 Jun 2010

Ikhlaskah aku sebagai seorang cikgu...

Saje aku masuk laman chatting popular di seluruh dunia tuh. Aku sebenarnya dah lama meninggalkan dunia chat tuh… Dulu aku rajin bebebor melayan karenah chattez yang pelbagai ragam. Kalau yang ok, memang ok. Tapi kalau yang tak berapa nak ok, dorang memang sangatlah bengongs nya.. aku sesaje nak masuk, saje nak tengok gelagat chattez. Kesimpulannya, dorang masih lagi tidak berubah. Still guna laman chat sebagai mainan dorang terutamanya mengenai xxx.. Aku tak paham betul ngan dorang ne sumer.. Mungkin tempat tu saja sebagai media yang dorang guna bila kaitkan dengan xxx. Betapa negatifnya minda dorang ne.. Jijik aku! Eee…

Err.. berbalik semula kepada tajuk.. Aku sempat berchat dengan seorang yang mengaku dirinya seorang guru. Erm, guru sekolah menengah. Dia kata dia mengajar subjek Math form 2. Dia kata masuk laman chat sebab dia nak hilangkan stress. Baru mengajar 6 bulan. Maksudnya baru masuk la kan. Sama ngan aku.. Bila aku tanya lelebih pasal sekolah, dia jawab dia busan sebab aku asik tanya soklan pasal sekolah kat dia. Niat sbnar dia masuk laman chat tersebut adalah untuk hilangkan kebosanan, tapi hampeh..! Gitu la lebih kurang ayat dia.. ape la mamat ne..! Aku tak tau la dia sengaja menyamar bekerja sebagai seorang guru supaya aku bleh layan dia lebih2. No way man! Aku masuk untuk berchat di situ adalah saja nak nengok ada tak orang ikhlas dan tak menipu dalam dunia chat tuh.. tak pe la, aku anggap je la apa yang dia bagitau tu benar.

Jadi persoalannya di sini, ikhlaskah seseorang tu sebagai seorang guru jika dia mengadu busan dengan kerjanya..?

Ok, tak yah tengok orang lain. Aku nengok diri sendiri la. Aku suka dengan kerjaya aku sekarang. Pada aku, aku sangat seronok ‘bergelumang’ dengan karenah budak2. Aku suka kalau murid aku dapat menerima segala pengajaran yang aku berikan. Aku suka dorang panggil aku cikgu. “Cikgu, boleh tak cikgu ajarkan saya..” Ya Allah aku rasa sangat dihargai. Aku dipilih untuk mengajar dorang. Dan sebenarnya, aku suka dengan karenah dorang yang menyebabkan aku naik darah. Memang guru tak boleh dipisahkan dengan perkataan ‘garang’ dan ‘marah’. Jika kawan2 aku yang bukan sama bidang dengan aku menggelarkan aku seorang guru yang garang, aku tak kesah pun. *batting eyelashes*. Sebab aku tau seorang guru yang garang; garang guru tu bertempat dan bersebab. Dan aku rasa seorang guru yang garang tuh bukan sengaja dorang nak jadi garang. Tapi sebab nak jadikan muridnya tu sebagai seorang manusia. Kan guru ne seorang arkitek manusia. Memanusiakan seorang manusia…

Jadi, persoalannya di sini, ikhlaskah aku sebagai seorang guru..?

Patutkah?

sumber: pakcik google

Malam2 Tengah malam cenggini..
Aku bleh lak terasa nak makan menda ne.. patutkah??
uwaa.. mana nak cari..
seday, aku cari dalam mimpi je lah...ish..ish..ish...

Isnin, 28 Jun 2010

Aku yang dah lama tak memblog...

Hahaha..aku semacam terlupa yang aku mempunyai sebuah blog.. Maaf yer incik blog, saya terlupa sekejap kepada anda.. Tolong maafkan saya... Saya sangat menghargai anda dalam kehidupan saya.
Aku selepas cuti 2 minggu..

Erm, selepas cuti, aku kembali seperti biasa ke sekolah. Bekerja mencari rezeki untuk menampung kehidupanku sendiri kini. Biasa la hidup di perantauan, sendirian la diri ini, jauh dari keluarga. Ish, sedih plak! Ape yang aku merepek ne….?? kehkehkeh.. Feeling under plak.. sebenarnya aku semacam malas nak pulang semula ke perantauan, namun bila memikirkan orang ‘kesayangan aku’ di perantauan, aku pulang jua akhirnya. Ok saje sebenarnya! Hehehe, sebenarnya jadual aku dah sedikit ‘lari’ sehingga menyebabkan aku susah..hehehe susah nak bangun pagi..huhuhu.. Ape la nak jadi ngan anak dara ne.. Nasib baik la jadual harian aku dah semakin normal. Dan Alhamdulillah.. akhirnya aku dah kembali menjalani penghidupan perantauan ini sehingga n3 ini ditulis…
Aku dan Anak2 murid tersayang..

Er.. selapas cuti 2 minggu ne aku telah pun mempunyai azam yang baru iaitu cuba untuk control marah.. err, ‘anger management’ la konon! hehehe… harap2 azam aku tercapai sehingga ke akhir penggal persekolahan.. setakat ne aku tak de la nak marah dorang dengan sangatnya.. sikit2 tu ada la.. bese la kan.. insyaAllah semoga aku sentiasa bersemangat untuk mengajar dorang…

(,") azam selepas cuti: Erm... tak nak marah2 dah kat anak2 murid yang terSYG tuh...
(,") p/s utk anak2 murid tersebut: Tolong la biar azam cikgu mu ini terlaksana
Aku, diorang dan zapin..

Aku sangat seronok menengok bebudak ne menari zapin. Erm, sebenarnya cikgu yang mengajar zapin tersebut adalah cikgu izani, housemate aku. Tapi disebabkan dia cuti bersalin, so.. aku pun mendapat arahan supaya men’take over’ mengajar tarian tersebut kepada murid2 yang 10 orang tersebut. Nasib baik sebelum dia cuti bersalin, semua step bebudak ne dah pandai, Cuma nak practice supaya lebih perfect je lagi..hehehe.. so, aku pun enjoy la mengajar.. huhu, menemankan dorang practice je sebenarnya.. dah alhamdulillah, dorang dapat tempat ke-3.. ok la tu.. hehehehe.. seronok tul rasanya bila dorang menang walaupun tempat ke-3..yea, syabas!
Aku dan sambutan hari guru peringkat N9
Sambutan hari guru peringkat negeri Sembilan berlansung di padang MPNS. Seramai 15,000 guru berkumpul dari seluruh pelusuk N9. Hmm seronok menengok gelagat cikgu2 ne bila berkumpul. Malam tuh siap jemput Mawi World lagi... tapi aku balik awal sebab dah ngantuk... pada aku ok la jugak, walaupun sekolah kitaorang duk kat penghujung padang nuu.. dan lansung tak nampak pentas utama.. xpe lah, yang penting kitaorang datang...

Aku dan dia..
Biarlah masa yang menentukannya..