Isnin, 5 Julai 2010

Izwan..!

Salah seorang daripada anak murid kesangyangngang kesayangan aku di kelas 4 Jauhari. Seluruh 4 Jauhari tersebut kesayangan aku.. Mengada- ngada! Err, sebenarnya bukan dia seorang sahaja, malah seluruh kelas tersebut..! Tetapi masih dalam kawalan aku as a teacher.. Bukannya ape, dia suka sangat menarik perhatian aku sepanjang p & p berlansung. Sengaja suka mentarik teh tarik perhatian aku supaya memanggil nama dia, mecekik perut dia, dan sewaktu dengannya. Diulangi..Sengaja! 

Aku bukannya apa. Bukan nak marah jugak. Bukan jugak nak manja2kan dorang dalam kelas tu. Kekadang terhibur dengan adanya dia di dalam kelas tersebut. If dia tak de, kelas 4J tuh senyap ajer. Tak de penyeri! Dan dia juga adalah seorang murid yang terbaik la pada aku. Sangat aktif dalam kelas. Suka tolong cikgu. Sebab tu aku lantik dia sebagai AJK Tugas2 Khas dalam kelas 4 Jauhari tersebut. Dia pun apa lagi bukan main komited lagi bila mendapat arahan daripada aku.. Bgus2..! Bakal jadi leader besok2.. Jika disuruh ke depan, dia yang dulu akan aku panggil.

Dia pun bukanlah seorang murid yang pemalu. Aku rasa dia bagus. Cuma kekadang suka main. Bese la tu.. murid yang masih berumur 10 tahun kan.. Namun apa yang aku ajarkan semuanya terus masuk dalam kepala ermm dia fahamlah maksudnya.. Ni yang aku lihat semasa aku pengajaran aku di kelaslah. Tak tau pulak dengan cikgu2 yang lain dia camne..

Lagi pun dia comel ah.. ahaks.. cikgu mien, tolong jgn bias ok!

Ahad, 4 Julai 2010

Buat si teman bernama incik N****..

Poyo ah mamat yang bernama incik N**** tersebut..
Malas nak cerita lelebih.. Buat teringat kat kenangan lama jew..
Tapi itu la dia.. Tau aku marah sebab peristiwa lama tuh. Dia tau aku terasa dengan segala perangai dia tuh..
Bukan salah dia! Mungkin jugak salah aku! Ah, malaslah nak salahkan sesiapa..
Aku just let go semuanya.. Dan sekarang ne aku malas nak ingat dah yang dulu2 punya cerita. Aku maafkan segala yang pernah dia buat kat aku..
Aku harap dia pun maafkan apa yang aku dah buat kat dia.. Grow up man..!
InsyAllah persahabatan kita akan kekal..
Aku bukan budak2 yang dulu. Aku dah boleh terima semuanya.. Yang penting kita semua Happy..
Tenangnya rasa hati ne.. Betul kata Kak Gee aku kena lepaskan semuanya.. Alhamdulillah!

To: Incik n****, Thanks Bro..