Aku dan 4 Jauhari..
Ermm, aku sekarang ni adalah ‘mummy’ kepada bebudak 4 Jauhari.
Alo.. lo.. cumei2 lak anak2 murid aku ne.. hehehe..Dorang ne agak nakal, agak manja dan suka buat lawak tak hengat dunia!
Sekali kena jerkah ngan aku.. semua terdiam..
Aku dan 5 Bestari
Erm, aku mengajar subjek teras BM kat kelas ne. biasala, kelas ne merupakan kelas yang kedua terbaik. Kebanyakan murid nya adalah sederhana sahaja. Ada juga yang agak lemah dan memerlukan ‘pulih’ daripada ‘pengkayaan’. Pada pendapat aku, hanya 30 peratus daripada kelas tu adalah murid yang agak ok, separuhnya lagi adalah murid yang agak lemah dan sangat memerlukan perhatian.
Namun apa yang aku perhatikan, kebanyakan atlet sekolah adalah daripada murid kelas bestari. Pencapaian pelajaran tidak berapa membanggakan, namun agak cemerlang dalam bidang sukan. Sedikit sebanyak aku bangga dengan diorang namun, aku agak bimbang kerana pencapaian subjek BM agak merundum.
Namun, kekadang aku rasa macam down bila aku tak dapat nak kontrol dorang! tensen sangat terutamanya bila selepas waktu rehat.
Aku, kalau masuk kelas ne. tak sah kalau tak marah, jerkah, jerit2 dengan suara saprano aku.. pastu aku jadi mak ketam! tak sah kalau aku tak mencubit perut dorang... geram tul aku! Macam biasa salahnya adalah tak wat kerja yang aku berikan, menjawab dengan nada gurauan, bising tak tentu pasal, dll..
Aku dan 5 Jauhari
Kebanyakan murid kelas ne sangat berpotensi untuk dapat 5A. Itu yang sangat membanggakan aku. aku hanya ada 1 jam dengan dorang.. iaitu untuk ajar subjek Kajian Tempatan. Untuk 2 bulan ne, everything ok saja. Hampir kesemua murid dapat mencapai objektif setiap p&p yang aku buat. Hehehe.. ok la tu!
Aku dan 4 Bestari
Diorang ne comei sangat. Pelbagai jenis karektur yang boleh aku lihat dalam murid2 kelas ne. Ada yang pendiam, ada yang memerlukan perhatian, ada yang agak malas.. Namun, aku bleh handle dorang lagi..