Hari nie 4 Januari 2010
SK Simpang Durian.... here i come..
Aku ditempatkan di Sek Keb Simpang Durian, dalam Daerah Jelebu. Betul- betul sempadan dengan Pahang. Alhamdulillah, akhirnya aku berposting! Err, sebenarnya perasaan bercampur gaul sekarang ne. Aku rasa sedikit sedih sebab daripada pen-posting-an aku ne..
Sebab:
• Rasa macam jauh sangat plak dari bandar..
• Sebab aku sedih berpisah ngan my mother tercenta.. hihihi..
• Sebab aku sedih..
• Sebab aku sedih.. uwaaa…
• Tiada alasan yang lain…
Oh ya, pagi tadi seawal kul 8 kami yang dipostingkan ke N9 dikumpulkan di SK Puteri, Seremban. Checking my name, aku adalah orang yang ke-136. Means.. aku adalah orang yang ke-136 yang akan diberikan surat penempatan daripada 312 orang guru dalam dewan tersebut... bayangkanlah sendiri..
Aku berkenalan dengan orang- orang di sebelah menyebelah masing- masing.. aku berkenalan dengan seorang budak PISMK-OUM Kajian Sosial, Siap berborak mesra sampai orang lain kata kami ne macam dah kenai! Padehal tak sampai setengah jam pun berada dalam dewan tu.. dia dah tau dia ditempatkan di mana. Cikgu Mi kata dia ditempatkan di SK Durian Tipus. Betul-betul sempadan dengan negeri aku iaitu Pahang. Guru besar SK Simpang Durian minta dia di postingkan di sana tetapi nama dia dah ada kat SK Durian Tipus. Hehehe.. Beria- ria dia cakap entah- entah akak mien yang akan dipostingkan di SK Simpang Durian. Bila terima surat posting memang betui aku ditempatkan di daerah Jelebu dan di SK Simpang Durian. Memang masin mulut dia.. So, sekarang ne kitaorang just keep in touch je la... Ermmm.. Jumpa mak dia tadi bukan main sporting dan mesra..hmm patutlah anak dia peramah!..
Sampai di SKSD aku bersama dengan 2 org guru Sains yang sama2 sepatutnya posting ngan aku.. macam yang Cikgu mi cakap ada 5 orang yang akan masuk ke SKSD. Petangnya datang lagi sorang iaitu Yani dari Sepang. So sekarang aku ber-roomate ngan dia lah. Dia ok saja. Kak Syah pun ok je..
Errmm.. berakhirnya hari itu dengan jayanya..